Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mahukan supaya para pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) datang sendiri ke pejabat kerajaan negeri sekiranya ingin menjalankan soal siasat tentang sesuatu kes yang ada kaitan dengan anggota pentadbiran negeri, bagi mengelak kejadian melibatkan Teoh Beng Hock Khamis lepas, berulang.
“Jika SPRM ingin menyiasat mana-mana anggota Exco atau pembantu peribadi mereka, mereka boleh datang ke pejabat kerajaan negeri bagi menjalankan soal siasat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan Galaxy of Engineering Stars anjuran Institut Jurutera Malaysia (IEM) di sini hari ini.
Dalam kejadian Khamis lepas Teoh, 30, pembantu khas anggota exco Selangor Ean Yong Hian, yang membantu SPRM dalam siasatan berhubung penyelewengan peruntukan negeri dijumpai mati di koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam.
Lim, yang juga setiausaha agung DAP berkata beliau kecewa dengan tindakan polis yang mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut, sebelum menjalankan siasatan menyeluruh tentang kematian Teoh.
Semalam saya sempat diberitahu oleh Cikgu Zul ketika menghadiri majlis perhimpunan aman di hadapan bangunan SPRM bahawa Lim Guan Eng memandang serius kejadian itu. Beliau juga tidak mahu kejadian itu akan berulang. Semalam yang turut hadir adalah PA YB Law Choo Kiang sdr Zulkifli Ibrahim, PA YB Hj Malik Kassim Sdr Ahmad Azrizal Tahir dan PA YB Ong Chin Wen sdr Jordan Kee.
Kalau nak siasat SPRM boleh datang ke pejabat kami untuk jalankan siasatan, kami sedia memberi kerjasama sepenuhnya jika ada kes. Tiada jaminan semasa siasatan di jalankan di pejabat SPRM. SPRM kini ditunggang sepenuhnya oleh UMNO dan B-End untuk menjadi pencacai mereka. baca di
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/