SharpShooter Followers

Friday, July 31, 2009

Polis yang patut dipuji. Bayan Lepas ada yang tidak terlepas


Pulau Pinang - Penyeludupan masuk kira-kira sejuta pil eramin 5 melalui pusat kargo udara Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL) yang ditumpaskan polis dalam serbuan di sebuah gudang di negeri itu, Selasa lalu, menimbulkan tanda tanya.

Persoalannya, bagaimana dadah bernilai RM20 juta itu berjaya melepasi kawalan ketat keselamatan di lapangan terbang berkenaan?

Siasatan polis tidak menolak kemungkinan wujudnya penglibatan ‘orang dalam' yang bersekongkol sehingga dadah itu melepasi kawalan keselamatan begitu sahaja.
Dalam serbuan itu, polis turut menahan
11 lelaki dan dua wanita berusia lingkungan
20 hingga 50 tahun termasuk seorang ahli perniagaan bergelar Datuk.
Tindakan polis seperti ini harus dipuji. Yang baik saya kata baik, saya bukan fanatik membuta tuli. Kita mahu polis kembalikan kredibilitinya.
Tapi esok saya tidak pasti... Tinjauan dalam blog sharpshooter, 60% mengatakan polis FRU akan mengganas. 50% mengatakan pimpinan Pakatan rakyat akan ditangkap. Adakah ini akan menjadi kenyataan? Pastikan anda adalah seorang yang melakar sejarah besar Negara esok. Jumpa di sana.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/