SharpShooter Followers

Tuesday, July 21, 2009

Hadiah RM10 ribu mencari pembunuh Teoh Beng Hock.

Seorang ahli perniagaan dari Perak akan memberi hadiah RM10,000 kepada sesiapa sahaja yang dapat memberi maklumat sehingga dapat ditangkap ‘pembunuh’ Teoh Beng Hock.

Berita ini telah di war-warkan oleh Setiausaha DAP Perak Nga Kor Ming pagi ini.

Nga Kor Meng tidak memberitahu siapakah insan yang mengeluarkan dana ini. Apa yang diberitahu hanyalah insan ini seorang ‘ datuk’. Yang lebih penting rakyat nak tahu siapakah pembunuh Teoh Beng Hock.

Mungkin Ezam boleh dapat award ini sebab dia kata DAP yang bunuh. Kah..kah..kah..Katak pun gelak terguling sampai nak pecah perut. Ezam dah sasau sanggup buat apa saja demi survival. Mana hilangnya prinsip GERAK yang pernah beliau terajui. Mana hilangnya 6 kotak hitam? Mungkin esok Ezam akan dakwa Anwar Ibrahim pula yang bunuh Teoh Beng Hock.

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/