SharpShooter Followers

Monday, July 13, 2009

SPR - Adakah UMNO akan patuh undang2

Ini kali kedua SPR buat undang2 lepas UMNO kalah lepas kalah lepas kalah lepas kalah di setiap PRK. Selepas PRK Penanti, Manek Urai pula SPR kata semua parti mesti patuh undang-undang baru. Di Penanti UMNO mati sebelum ajal. Jadi aman damai prk Penanti. Kalau UMNO bertanding sudah tentu huru hara. Ini membuktikan bahawa yang huru hara adalah UMNO bukan Pakatan Rakyat.

SPR mengekalkan larangan berkempen atau mendirikan pondok panas pada hari pengundian pilihan raya kecil DUN Manek Urai, hari Selasa. Perkara tersebut diumumkan oleh pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada sidang media di Kuala Krai, hari Isnin.

Beliau juga turut mengharapkan, 85 peratus pengundi akan keluar mengundi esok. Manek Urai mempunyai 12,292 pengundi berdaftar dan menyaksikan pertembungan calon BN Tuan Aziz Tuan Mat dan calon PAS Mohd Fauzi Abdullah.

Mengulas kenyataan Presiden PAS mengenai kemungkinan pengundi luar tidak dibenarkan pulang bercuti untuk mengundi, Abdul Aziz menjelaskan, SPR sudah memaklumkan kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) serta Setiausaha Kerajaan Negeri supaya membenarkan pengundi pulang.

Dalam pada itu katanya, SPR akan menyediakan 25 barung bagi memboloehkan pengundi membuat semakan dan daftar pemilih di sembilan pusat mengundi. Bagi kemudahan golongan kurang upaya, 72 kerusi roda turut disediakan selain petugas yang akan membantu menyorong kerusi berkenaan serta menunjuk arah ke tempat membuang undi.

Abdul Aziz juga menasihatkan parti yang menang supaya tidak mengadakan perarakan terutama membabitkan penyokong bermotosikal di Manek Urai atau di bandar Kuala Krai.

Beliau berharap pilihan raya kecil berlangsung dalam keadaan aman terutama pada hari mengundi dengan pemilih keluar tanpa gangguan perayu undi dan tiada kesesakan jalan raya.

“Saya baru balik lihat proses pilihan raya di Indonesia. Mereka ada 167 juta pengundi tetapi pada hari membuang undi, mereka keluar mengundi tanpa gangguan mana-mana pihak,” ujarnya

Memang benar pilihanraya sepatutnya aman damai macam di Penanti. Tetapi di Manek Urai ni kalau huru hara maka sahlah yang selalu buat huru hara ni UMNO dan BN lah. Tidak ada yang benar melainkan yang benar-benar belaka.

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com