SharpShooter Followers

Thursday, July 09, 2009

Kerajaan Pakatan Rakyat-Guan Eng sepatutnya bersama rakyat

Sepatutnya Lim Guan Eng bertemu dengan penduduk Kg Buah Pala tanpa syarat setelah mereka datang ke komtar untuk menemuinya. Keengganan Lim tidak mahu berjumpa kerana tidak mahu seorang peguam bersama mereka amat memalukan. Apa salahnya jika rakyat mahu berjumpa dan membawa seorang peguam sebagai penasihat kepada mereka. Di manakah salahnya?

Bukankah P.Pinang di perintah oleh Pakatan Rakyat. Kerajaan yang membela rakyat dan menjaga kepentingan rakyat. Kenapa tidak mahu berjumpa dengan rakyat hanya kerana seorang peguam dan bukannya ratusan atau ribuan Hindraf.

Inikah cara pemerintahan CAT atau cara pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz yang selalu dilaungkannya. Rakyat sekarang pandai menilai dan bukan mudah diperkotak katikkan lagi.

Benar isu ini adalah masalah kerajaan BN. Tetapi sebagai Kerajaan Baru Pakatan Rakyat kita tidak harus salahkan BN semata-mata tetapi kita mestilah menjadi Kerajaan yang berwibawa yang mampu tangani dan selesaikan masalah rakyat. Baru rakyat akan melihat bahawa kerajaan Pakatan Rakyat lebih berwibawa daripada BN.

Penduduk Kg Buah Pala tidak mahu lagi datang ke komtar dan kalau Lim Guan Eng mahu bertemu mereka, beliau hendaklah sendiri turun padang ke Kg Buah Pala. Berita lanjut di sini.

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/