Esok, Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy akan menemani Murugan untuk membawa isu Kampung Buah Pala kepada pejabat warisan Unesco di Paris.
Langkah itu diharap akan meningkatkan lagi tekanan masyarakat antarabangsa ke atas pihak berkuasa berkenaan di Pulau Pinang, terutama Ketua Menteri, Lim Guan Eng untuk mengekalkan kampung tradisional India itu. Berita penuh di sini.
Untuk berlaku adil, saya melihat Pihak Koperasi, Pihak Kerajaan Negeri dan penduduk Kg Buah Pala masing-masing memperjuangkan hak masing-masing. Semuanya cuba sedaya upaya mencari dan menggunakan semua saluran yang ada dan boleh diguna pakai untuk memperjuangkan hak masing-masing. MIC sekadar menangguk di air yang keruh.
Bagi saya semangat juang penduduk Buah Pala harus menjadi contoh. Mereka tidak pernah patah semangat walaupun ada juga yang telah mengalah. Bagi mereka apa nak jadi pun jadilah... jangan mati sebelum ajal sampai.
Saya teringat video yang pernah saya ambil pada 8 September 2007. Di mana penduduk Kg Sg Nibong terpaksa pindah hanya dengan pampasan RM30 ribu sahaja semasa B-End perintah. Begitu juga pada tahun 2006 di mana penduduk Kg Nelayan Sg Batu terpaksa pindah semasa bulan Ramadhan.
Cuma oleh kerana B-End yang perintah ketika itu, maka isu ini ditutup dan tidak menjadi isu besar di media arus perdana.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/