SharpShooter Followers

Thursday, July 23, 2009

Kg Buah Pala sudah sepakat, tapi Pemuda MIC buat kacau

PULAU PINANG: Kerajaan negeri dan penduduk Kampung Buah Pala di Bukit Gelugor dekat sini telah mencapai kata sepakat berhubung isu kampung berkenaan dan akan mengadakan pertemuan semula Jumaat ini, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan negeri dan penduduk berkenaan telah bersetuju untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kepada media.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan 24 wakil penduduk di pejabatnya di Komtar, di sini, semalam.

Ditanya mengenai hasil perbincangan, Lim berkata perjumpaan kali kedua itu berjalan lancar dalam suasana harmoni.

Kontroversi pemilikan tanah kampung itu timbul apabila kerajaan negeri menjual tanah seluas 2.6 hektar di situ kepada Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang Bhd.

Bagaimanapun, koperasi itu melantik pemaju Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd., untuk membangunkan kawasan itu dan mendapat perintah mahkamah supaya penduduk kampung berkenaan mengosongkan tanah mereka sebelum 3 Ogos ini.

Sementara itu Pemuda MIC hari ini cuba menjadi hero dan membuat kacau serta menghasut penduduk Buah Pala. Seramai 7 orang akhirnya ditangkap di sebuah kuil di Dato' keramat ketika mengedar baju. Berita lanjut di sini.

Dulu waktu B-End perintah P.Pinang, puak-puak ni mana perginya. Pampasan RM200 - 330 ribu adalah yang paling tinggi. Memang ada yang telah pindah pun.

Cuma ada segelintir saja yang termakan dengan hasutan MIC ni..ayo..yoo.. Kenapa Sammy Vellu dulu pun diam saja. Kenapa sekarang baru mau bising..

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/