SharpShooter Followers

Tuesday, July 21, 2009

Burung Kuak hadapi ancaman

Burung Kuak atau Pucung Kuak atau nama saintifiknya Nycticorax memang adalah spesis burung yang dilindungi oleh Jabatan Perhilitan.

Saya terima aduan dari inderaputra80 yang memberitahu di Taman Robina, Jalan Laksamana, Telok Air Tawar terdapat ribuan spesis Burung Kuak. Beliau mahu kawasan ini dilindungi oleh kerajaan. Siasatan dan tinjauan saya mendapati memang terdapat ribuan Burung Kuak di sini. Klik pada ayat Burung Kuak untuk mengenali Burung Kuak.

Kawasan ini merupakan kawasan riadah, ramai keluarga dan anak-anak muda yang lepak di kawasan ini. Memang suasananya menarik.

Kawasan ini dimajukan sekitar tahun 2003. Dahulunya kawasan ini pantainya berpasir tetapi sesudah Tsunami yang melanda pada hujung tahun 2004, kawasan pantai ini berubah menjadi belukar.

Gambar di sebelah adalah jeti yang musnah akibat tsunami. Kawasan ini juga dulu adalah tempat nelayan menaikkan hasil tangkapan ikan tapi sekarang semuanya berubah selepas tsunami dan jeti ini sudah reput.

Siasatan saya mendapati memang ada juga manusia yang tidak bertanggungjawab mengambil anak burung kuak ini dan dijual dengan harga 3 ekor-RM10. Mereka datang menaiki sampan di waktu air laut pasang dan menangkap menggunakan jala. Burung Kuak ini membuat sarang dan bertelur dalam hutan belukar pokok api-api.

Saya menelefon En Alif Pengarah Perhilitan P.Pinang. Beliau memaklumkan bahawa kawasan ini belum lagi diwartakan sebagai kawasan larangan. Namun begitu jika sesiapa didapati bersalah menangkap samada Burung Kuak atau Burung Bangau, mereka boleh didenda RM3,000.00. Beliau berjanji akan memantau dan menangkap mereka yang tidak bertanggungjawab.

Sesuai dengan ungkapan yang sering disebut Lim Guan Eng, pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. Maka kerajaan negeri P.Pinang harus mewartakan kawasan ini sebagai kawasan lindungan. Khalifah Umar Abdul Aziz Al-Umawi adalah cucu kepada Umar bin Khattab Al-Quraisy. Pada zaman pemerintahan Umar Abdul Aziz beliau menjadi pelayan kepada rakyat hinggakan pada zaman pemerintahannya juga terdapat kambing dan serigala dipelihara dalam satu kawasan. Bila ditanya kepada pengembala itu apakah tidak merbahaya? jawabnya "Apabila kepala telah bersih, maka seluruh badan tidak akan ada bahaya.."

Sehubungan dengan itu, saya harap Pembantu-Pembantu Khas YB di P.Pinang yang memang selalu melayari blog ini, khabarkan berita ini kepada YB anda. Mudah-mudahan kawasan ini akan diwartakan sebagai kawasan lindungan oleh Kerajaan Negeri P.Pinang.

Saya sertakan video clip Burung Kuak, Bangau dan Gagak tetapi Gagak yang menjadi perosak kepada spesis Burung Kuak.Gambar Keluang juga saya paparkan sesama lawatan saya ke Bandong, Indonesia. Gagak perlu dihapuskan tetapi Burung Kuak, Bangau dan Keluang adalah spesis yang perlu dipelihara kerana hampir pupus.



Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/