SharpShooter Followers

Thursday, July 23, 2009

Polis ugut dengan pistol terhadap pelajar - Ini dah terlampau

Apakah POLIS-POLIS RAJA DI MALAYSIA tidak pernah insaf dan belajar daripada apa yang terjadi pada Cif Inspektor Azilah Hadri dan Kopral Sirul Azhar Umar yang dikenakan hukuman gantung sampai mati selepas didapati bersalah kerana membunuh Altantuya Shaaribu?

Tidakkah mereka sendiri tahu dan sedar bahawa mereka berdua ternyata adalah kambing yang dihitam sehitam-hitamnya?

Polis-polis juga tahu dan sedar mereka berdua hanya mengikut arahan. Ternyata mereka tidak ada kepentingan sama sekali untuk membunuh Altantuya. Untuk apa mereka membunuh Altantuya?

Sepatutnya polis-polis sudah insaf bahawa mereka ini hanyalah pencacai dan balaci kepada umno dan b-end. Bila terjadi sesuatu kes bukan pemimpin umno dan b-end yang kena hukuman tetapi polis yang ikut arahan yang dijatuhkan hukuman.

Tidakkah polis terfikir bagaimana perasaan ibu bapa mereka di kampong? Bagaimana perasaan hati ibu bapa mereka apabila masyarakat akan kata anak mereka adalah pembunuh pencacai upahan umno dan b-end?

Nampak gayanya masih ada polis yang tidak mahu mengambil iktibar daripada kes Altantuya yang sehingga hari ini Najib tidak berani menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kes Altantuya.

Hari ini seorang pelajar Universiti Malaya didakwa diugut dengan pistol polis sewaktu ditahan berhubung kes contengan "bini puaka" dan cubaan membakar di sebuah dewan kuliah, hujung bulan lalu.

Anggota polis yang berpakaian biasa itu, tanpa menunjukkan kad kuasanya dan juga waran tangkap, menayangkan senjata apinya yang terselit di pinggang sewaktu Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli ditangkap di rumah sewanya di Kampung Kerinchi. Berita penuh baca di <sini>.

Syabas kepada pelajar-pelajar universiti yang nampaknya sudah berani menyuarakan pendapat dan pandangan tentang isu-isu semasa.

* MAHASISWA MINDA MASYARAKAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/