Jika tiga wanita yang dituduh melakukan seks haram di rotan serta-merta, tidak ada sebab mengapa individu yang memfitnah tidak didakwa ke mahkamah Syariah.
Keengganan kerajaan dan jabatan agama wilayah persekutuan bertindak keatas Saiful Bukhari Azlan mengundang persoalan sejauh mana pemerintah serius melaksanakan sistem perundangan Islam.
Pengerusi Sekretariat Ulama Asia, Abdul Ghani Abdul Rahman kesal kerana kerajaan Umno-Barisan Nasional tidak konsisten dalam mengamalkan undang-undang syariah.
Abdul Ghani di minta mengulas pendirian mengejut kerajaan bahawa mahkamah syariah tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan supaya pertuduhan qazaf di buat terhadap Saiful kerana mendakwa kononnya beliau di liwat datuk seri anwar ibrahim
Dakwaan itu penuh kecurigaan kerana laporan pakar hospital kuala lumpur mendapati tidak ada bukti untuk menyokong tuiduhan Saiful yang membuat kenyataan itu beberapa hari selepas berjumpa dengan Perdana Menteri najib Razak.
Lebih setahun Anwar cuba mendapatkan pembelaan dibawah undang-undang islam agar Saiful dihadapkan ke mahkamah syariah dengan pertuduhan qazaf terhadap.
Namun tidak ada tindakan susulan diambil oleh kerajaan mahupun JAWI.
Peguam kerajaan memberitahu mahkamah syariah semalam bahawa mahkamah syariah kononnya tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan pertuduhan sedemikian terhadap Saiful.
“Jadi di sini jelas, tidak ada konsistensi dan terdapat motif-motif yang terselindung perjuangan politik hendak dipertahankan dan kemenangan hendak diraih melalui cara-cara tidak demokratik, penggunaan media, dan juga institusi-institusi kerajaan yang rakyat seharusnya dilindungi martabat dan integritinya tetapi tidak dipedulikan sehingga jatuh integriti badan-badan seperti SPR dan SPRM hakim dan sebagainya,”katanya.
Abdul Ghani yang merupakan antara ulama yang paling di hormati berkata tindakan mensebat tiga wanita baru-baru ini turut memperlihat campurtangan politik untuk meremehkan perlaksanaan hukum Islam.
“Maknanya mereka tidak konsisten, dalam kontek yang ini (sebat 3 wanita) mereka hendak buat, itupun tidak sempurna. Yang disuruh sekian-sekian dera yang dibuat hanya enam sahaja. Tidak adanya sifat konsistensinya itu membayangkan keikhlasan dan kesungguhan dalam melaksanakan keadilan kerana misi Islam itu adalah misi keadilan,”katanya.
Dalam pada itu, Tokoh agama, Dr Badrulamin Bahron berkata kerajaan pimpinan Umno jelas mengambil dua standard berbeza dalam keghairahan merotan tiga wanita yang menyerah diri, tetapi enggan bertindak ke atas aduan Qazaf terhadap Saiful.
Tindak-tanduk pemerintah sedemikian menghantar mesej yang salah kepada masyarakat bukan Islam.
“Ini adalah gambaran seluruh perjalanan sistem undang-undang di Malaysia pertuduhan terpilih, selektif hanya orang tertentu sahaja yang akan di bawa ke mahkamah sedangkan orang lain terlepas menurut keperluan dan maslahah pemimpin-pemimpin yang jahat (Umno) cuba mempertahankan kuasa,”katanya.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Fandi Ahmad Hampa Kesilapan Minit Akhir Punca Sri Pahang FC Catat Seri 1-1
Dengan Selangor FC
-
*TEMERLOH: *Ketua Jurulatih Sri Pahang FC Fandi Ahmad hampa apabila skuad
bimbingannya setakat mencatat keputusan seri 1-1 berdepan Selangor FC pada
aksi...
1 hour ago