Rizal Fariz Mohideen menang tanpa bertanding bagi jawatan Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang (DPMMPP) apabila pencalonan Datuk Azman Shah Omar Shah ditolak. Pencalonan Azman ditolak atas alasan beliau tidak cukup syarat kerana tidak menganggotai DPMMPP untuk tempoh 12 bulan sebelum mesyuarat berlangsung.
Azman bagaimanapun mempertikaikan alasan yang diberikan oleh DPMMPP itu. "Saya menganggotai DPMMPP sejak 1997 menerusi keahlian individu, untuk keanggotaan syarikat saya hanya mengambil alih sebagai pengarah pada tahun lepas," katanya.
Walaupun hanya mengambil alih syarikat pada tahun lepas, Azman berkata syarikat itu telah lama beroperasi dan dikendalikan oleh rakan niaganya. Azman berkata beliau bertanding bukan atas kepentingan peribadi tetapi desakan dari akar umbi yang mahu melihat perubahan dalam DPMMPP.
Beliau menyifatkan penolakan itu sebagai satu konspirasi dan tiada keadilan baginya. "Saya terkejut dengan keputusan yang dibuat. Sebelum ini saya menerima surat dari pihak perundangan DPMMPP yang menyatakan saya layak untuk bertanding sehinggalah pada hari ini.
"Mengapa mesti pada hari ini baru mereka menolak pencalonan, sedangkan mereka boleh memaklumkan perkara ini lebih awal, ini saya sifatkan seperti satu konspirasi untuk menjatuhkan saya," katanya kepada pemberita hari ini.
Azman berkata beliau bertanding bukan atas kepentingan peribadi tetapi desakan dari akar umbi yang mahu melihat perubahan dalam DPMMPP.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/