SharpShooter Followers

Wednesday, March 10, 2010

AMK cabar Najib patuh kepada fatwa Dr Yusof Al-Qardhawi

PUTRAJAYA 10 Mac - Angkatan Muda KEADILAN hari ini menyerahkan salinan VCD fatwa ulama tersohor dunia, Sheikh Dr Yusof Al-Qaradawi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Salinan VCD itu telah diserahkan kepada Pegawai Tugas-Tugas Khas Perdana Menteri Datuk Paduka Ghazali Ibrahim yang mewakili Najib diperkarangan masuk ke bangunan Perdana Putra.

Selain kepada Perdana Menteri, dua salinan VCD juga diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom.

Ketua AMK Pusat Shamsul Iskandar Mohd Akin menyifatkan bahawa fatwa ini mejadi satu bukti yang jelas betapa dunia Islam di wakili tokoh ulama tersohor itu sepenuhnya menolak fitnah Konspirasi II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Rakaman selama 12 minit ini antara lain menyiarkan Dr Yusuf yang juga Pengerusi Majlis Ulama Sedunia telah mengeluarkan fatwa bahawa sesiapa yang merancang dalam fitnah tersebut,sama ada secara langsung atau tidak maka hukumnya adalah munafik. Sesiapa yang membantu menyebarkan berita fitnah tersebut hukumnya fasik," jelasnya

Beliau berharap Malaysia, melalui Najib harus mengambil ketetapan yang tegas samada mahu terus merencanakan fitnah jahat ini ataupun bertindak menggugurkan kes yang ternyata sangat berat sebelah.

"Penolakan fatwa ini akan membuktikan bahawa Malaysia menolak intelektualisme dan ketokohan Dr Yusof, sekaligus mencela kemegahan anugerah Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa yang dianugerahkan kepada ulama itu

"AMK mencabar Najib menarik balik anugerah tersebut jika dia ambil sikap berdiam diri dan menolak fatwa tersebut," sambungnya lagi

AMK juga akan menyerahkan salinan VCD fatwa ini kepada Majlis Fatwa Kebangsaaan dan juga mufti-mufti negeri diseluruh negara agar bertegas mengambil ketetapan ke atas fatwa tersebut.

"Kita desak agar mufti-mufti mengambil langkah yang tepat dalam mengiktirafkan fatwa ini agar Malaysia tidak dilihat jumud dalam mempertahankan sistem keadilan Islam yang menolak budaya fitnah dan konspirasi jahat yang hanya untuk melampiaskan nafsu serakah politik Umno-Barisan Nasional," tegas Shamsul.

Selain itu AMK juga akan menyerahkan salinan VCD tersbut kepada Yang Dipertuan Agong pada minggu hadapan.

Anda boloeh dapatkan vcd Fatwa Dr Yusof Al-Qardhawi malam ini di tapak Expo Seberang Jaya.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/