SharpShooter Followers

Wednesday, March 10, 2010

Pemuda UMNO akan berdemo tegakkan Undang-Undang Islam

Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur menyaksikan pasukan peguam mewakili kerajaan Malaysia terkedu bila disoal perihal layanan berat-sebelah yang ditunjukkan dalam kes Qazaf Anwar Ibrahim.

Peguam Syarie Zainul Rijal Abu Bakar, mewakili kerajaan Malaysia, berkata Mahkamah Syariah tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan pendakwaraya Syariah mendakwa Saiful Bukhari Azlan.

Selepas hampir dua tahun kes Qazaf tertunda, Anwar memfailkan permohonan meminta mahkamah mengarahkan Ketua Pendakwaraya Syariah Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain mendakwa Saiful Bukhari Azlan diatas kesalahan membuat pertuduhan palsu.

Dalam perkembangan yang mengejutkan, Menteri Hal-Ehwal Agama Islam Datuk Jamil Khir Baharom, Shamsuddin dan Pengarah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan Datuk Che Mat Che Ali memfailkan bantahan supaya permohonan Qazaf terhadap Saiful digugurkan.

Zainul Rijal berkata mahkamah tidak boleh mencampuri urusan atau mengatasi bidang kuasa Ketua Pendakwaraya Syariah mengikut Seksyen 58(2) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam.

Beliau juga berkata terdapatnya kesilapan dalam permohonan yang difailkan pihak Anwar Ibrahim, dan demikian itu permohonan Anwar harus ditolak.

Menyanggah hujah ini, Peguam Syarie Kamar Ainiah Kamaruzaman menyorot perhatian mahkamah kepada prinsip perundangan Islam.

Kamar Ainiah meminta mahkamah menjelaskan apakah kuasa pendakwaan Ketua Pendakwaraya Syariah bersifat muktamad dan tidak boleh dipersoalkan.

Beliau juga menarik perhatian peguam kerajaan kepada turutan sebelum ini yang menunjukkan bahawa mahkamah mempunyai kuasa untuk mencampuri hal-ehwal undang-undang Islam.

Kamar Ainiah berkata jika mahkamah merasakan ia tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan Ketua Pendakwaraya mempercepatkan tuntutan Qazaf terhadap Saiful, maka Anwar boleh merujuk kes beliau ke mahkamah sivil.

"Tetapi, apakah kita mahu isu masyarakat Islam di dengar di mahkamah sekular dan oleh hakim yang 'kafir'?" soal Kamar.

Beliau menjelaskan kerajaan mutakhir ini memberi penekanan kepada keutamaan undang-undang Islam, dengan merotan tiga wanita sebelum ini, namun keutamaan itu tergugur bila ia membabitkan Saiful Bukhari Azlan.

"Pihak menteri, ketua pendakwaraya dan pengarah jabatan agama nampaknya lebih yakin pada mahkamah sivil dari mahkamah Syariah, dengan membenarkan kes Qazaf ini ditunda sehingga kes sodomi selesai," tegas Kamar.

"Kerajaan mahu memperkasa undang-undang Islam di negara ini dengan merotan tiga wanita tetapi mengapa tidak ada sebarang tindakan diambil terhadap Saiful, yang telah membuat sumpah laknat, bahawa beliau telah diliwat? Apakah tiga wanita itu dirotan kerana mereka tidak dilindungi oleh pihak tertentu?" soal Kamar.

Kamar menegaskan mahkamah tidak sewajarnya mengizinkan isu-isu teknikal dijadikan alasan untuk menafikan keadilan.

"Matlamat mahkamah adalah mencapai keadilan, bukan menghalangnya," kata Kamar.

Selepas ini Pemuda UMNO akan berdemo untuk tegakkan Undang-Undang Islam dan membantah tindakan Jamil Khir. Bukankah mereka adalah pejuang-pejuang Islam?

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/