SharpShooter Followers

Thursday, March 11, 2010

Jamil Khir wajib hadir prosiding permohonan Qazaf

Mahkamah Tinggi Syariah di sini, bersetuju dengan pendapat peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr Mohd Rafie Shafie bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom supaya hadir prosiding permohonan qazaf oleh Ketua Pembangkang itu.

Hakim Syarie, Mohd Shukor Sabudin semalam berkata, Jamil Khir dikehendaki hadir seperti biasa sebagaimana pemohon dan responden lain bagi mendengar prosiding permohonan tersebut di mahkamahnya.

“Responden perlu hadir tanpa sebarang keuzuran,” kata Mohd Shukor.

Beliau sebelum itu mendengar permohonan Mohd Rafie terhadap perintah khusus mahkamah supaya Jamil Khir hadir pada setiap prosiding kes tersebut.

Mohd Rafie menolak alasan peguam Jamil Khir, Zainul Rijal Abu Bakar bahawa Jamil Khir selaku responden yang membuat bantahan awal terhadap permohonan qazaf Anwar tidak dapat hadir kerana menghadiri mesyuarat Jemaah Menteri pagi semalam.

Menurut Zainul Rizal, permohonan Anwar itu bukanlah permohonan jenayah tetapi melibatkan Tatacara Mal Mahkamah Syariah maka alasan ketidakhadiran itu sebagai munasabah kerana responden ketiga (Jamil Khir) merupakan seorang menteri.

“Mesyuarat bukan alasan. Tidak ada undang-undang yang mengecualikan menteri hadir,” kata Mohd Rafie.

Dalam kes ini, Jamil Khir menjadi responden ketiga dinamakan Anwar dalam permohonannya untuk meneruskan pertuduhan qazaf terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan kerana didakwa menuduhnya liwat tanpa empat saksi.

:Dua responden lain yang dinamakan Anwar ialah, Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain sebagai responden pertama dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali sebagai responden kedua.

Responden pertama dan kedua tersebut hadir bagi mendengar prosiding itu, semalam.

Semalam, ditetapkan sebagai prosiding untuk mahkamah mendengar hujah kedua-dua pihak mengenai bantahan awal yang difailkan ketiga-tiga responden tersebut pada 9 Februari lalu.

Mereka membuat bantahan awal terhadap permohonan Anwar berdasarkan tiga isu iaitu mengenai bidang kuasa mahkamah syariah untuk mendengar permohonan kes tersebut, isu prosedur dan tatacara permohonan yang tidak dipatuhi mengikut Tatacara Mal 1998 serta status ke- layakan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin sebagai salah seorang peguam mewakili Anwar.

Bagaimanapun, Zulkifli disahkan menarik diri daripad:a terus mewakili Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/