SharpShooter Followers

Thursday, March 11, 2010

Anwar tetap Ketua Pembangkang - Karpal Singh

Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh menegaskan tetap memberi laluan pada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang di parlimen.

"Atas nama Pakatan Rakyat, DAP walaupun lebih satu kerusi dari PKR, namun tetap memberikan laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang di parlimen," ujarnya ketika berucap sempena Majlis Sambutan 2 Tahun Pemerintahan Pakatan Rakyat Pulau Pinang di Tapak Ekspo Seberang Jaya, malam tadi.

Beliau berkata, atas dasar kesepakatan untuk melihat Malaysia terus maju menjelang pilihan raya umum akan datang, Pakatan Rakyat harus pandang ke hadapan mencari jalan menjatuhkan Barisan Nasional (BN) yang semakin angkuh dengan kuasa dan media yang dimiliki.

Sebagai 'singa' DAP, beliau tetap berjuang menuntut keadilan kerana selagi Malaysia diperintah oleh BN, ia tetap merupakan negara korupsi dengan melaksanakan undang-undang yang tidak bertamadun.

"Saya sebagai ‘singa’ akan terus menentang ketidak adilan dalam negara walaupun saya ‘singa’ cedera namun untuk menyerah kalah tidak sama sekali. Kes Anwar mesti dibela kerana ia bukan manusia yang mengamalkan kelakuan buruk seperti itu. Itu fitnah semata-mata, " ujarnya dengan tepukan gemuruh daripada puluhan ribu hadirin.

Beliau menambah tidak tunduk dengan undang-undang rimba malahan mahukan semua jentera dalam gabungan Pakatan Rakyat berusaha segigih mungkin kerana BN terkenal dengan penipuan terhadap pilihan raya.

Menurutnya, BN boleh berpakat dengan Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia (SPR) untuk menyekat kemaraan pembangkang yang memerlukan beberapa kerusi untuk menguasai Malaysia.

Menyedari hakikat itu, membuatkan BN merangka untuk memancing Ahli Parlimen pembangkang bagi memenuhi niat mendapatkan dua pertiga kerusi parlimen bagi memudahkan mereka meluluskan akta atau sesuatu elekmen demi menyelamatkan politik BN yang semakin parah.

"BN terpaksa buat kerja jahat untuk memastikan politik mereka selamat. Mereka tahu rakyat sudah bosan terhadap BN yang terlalu banyak penyelewengan dan pembohongan," katanya.

Selain Anwar, turut berucap di majlis penutupan sambutan ulang tahun kedua Pakatan Rakyat negeri itu ialah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/