Alhamdulillah...semalam saya keluarkan artikal Anwar akan ditukar? Hari ini saya terbaca kenyataan pimpinan PAS dan DAP yang nyatakan sokongan kepada Anwar. Bukanlah bermakna pimpinan Pas dan DAP membaca artikal saya tetapi yang paling penting perkara ini disedari oleh pimpinan Pakatan Rakyat.
Inilah saat dan ketika sekali lagi Anwar diuji dengan ujian yang amat hebat dan inilah masanya kesetiaan sahabat seperjuangan akan dinilai.
Suka tidak suka, mahu tidak mahu, sudah pasti calon baru PKR akan datang akan menimbulkan sedikit kebimbangan kepada rakyat tentang kualiti dan kredebiliti calon tersebut.
Diuji dengan pangkat, jawatan serta harta bukanlah suatu yang mudah. Ramai yang tertewas dan terbabas. Namun begitu sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat diharap masih tidak berubah.
PKR wajib lakukan reformasi. Reformasi bukan sekadar laungan tetapi yang lebih penting, rakyat mahu ia dilihat terlaksana.
Semalam DAP dan Pas akan terus menyokong Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang dan bakal Perdana Menteri setelah Pakatan Rakyat (PR) berjaya memerintah negara.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, DAP sentiasa memberikan sokongan padu kepada Anwar berhubung kepimpinannya dalam PR sebagai Ketua Pembangkang.
Menurutnya, Anwar akan terus menjadi Ketua Pembangkang meskipun Ahli Parlimen PKR kurang daripada 28 ahli jumlah yang kini dimiliki DAP.
“DAP juga mahu Anwar terus kekal sebagai Ketua Pembangkang sehingga menjadi bakal Perdana Menteri apabila mereka menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
“Apa yang berlaku di PKR adalah proses pembersihan yang dilihat perit tetapi amat diperlukan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Sementara itu, Pas dalam satu kenyataan media semalam menyatakan semua Ahli Parlimennya menyatakan sokongan padu kepada kepimpinan Anwar.
Ahli Parlimen parti itu sepakat untuk terus melaksanakan amanah yang diberikan oleh rakyat pada pilihan raya umum yang lalu.
“Kami kekal yakin dengan perjuangan dan kepimpinan parti-parti Pakatan Rakyat dan akan meningkatkan lagi usaha-usaha kami dikalangan masyarakat dan di Dewan Rakyat yang akan mula bersidang pada 15 Mac ini,” menurut kenyataan itu lagi.
Kenyataan Penuh Ahli Parlimen PAS
Kami Ahli-Ahli Parlimen PAS dengan tegasnya ingin menyatakan yang kami sepakat untuk terus melaksanakan amanah yang diberikan oleh rakyat dalam pilihanraya umum yang lalu.
Kami sedar bahawa rakyat mengundi kami kerana mahu kepada perubahan dari suasana ketidakadilan, kezaliman, kemiskinan dan ketidaksamarataan hak-hak asasi kepada satu kerajaan berkebajikan dan bersih yang berasaskan prinsip-prinsip agama dan moral.
Oleh itu kami kesal dengan tindakan beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang telah memilih untuk meninggalkan prinsip-prinsip murni perjuangan ini.
Kami kekal yakin dengan perjuangan dan kepimpinan parti-parti Pakatan Rakyat (PR) dan akan meningkatkan lagi usaha-usaha kami dikalangan masyarakat dan di Dewan Rakyat yang akan mula bersidang pada 15 Mac ini.
Kami menyeru kepada masyarakat untuk bersama kami menentang cadangan-cadangan baru kerajaan BN menaikkan harga petrol dan barang-barang keperluan lain dan memperkenalkan cukai baru seperti GST.
Kami juga ingin menyatakan sokongan padu kepada kepimpinan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Dikeluarkan oleh Sekretariat MP PAS
Nota: MP PAS terdiri daripada Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang), Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok), Salahuddin Ayub (Kubang Kerian), Dato' Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dato’ Abdul Halim b Abdul Rahman (Pengkalan Chepa), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Dato' Kamarudin Jaffar (Tumpat), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Puan Siti Zailah bt Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Ustaz Taib Azamuddin Md Taib (Baling), Dr Che Rosli Che Mat (Hulu Langat), Dato' Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin (Bukit Gantang), Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (Kota Bharu), Mohd Abdul Wahid Endut (Kuala Terengganu), Ustaz Muhammad Husin (Pasir Puteh), Khalid Samad (Shah Alam), Che Uda Che Nik (Sik), Ustaz Firdaus Jaafar (Jerai), Ustaz Mohd Nasir Zakaria (Padang Terap), Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar), Dato' Dr mohd Hayati bin Othman (Pendang)
Ahli Dewan Negara terdiri Muhammad Yusof Husin (Kedah), Ahmad Rosli Ibrahim (Kelantan), Puan Mumtaz bt Md Nawi (Kelantan)
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Kastam Pahang Rampas Rokok, Minuman Keras Bernilai RM1.6 Juta Dalam Tiga
Serbuan Di Johor Dan Selangor
-
*TEMERLOH*: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menumpaskan
aktiviti penyeludupan rokok dan minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
dalam tiga ...
3 hours ago