Seorang lagi Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri hari ini umum keluar PKR kerana kecewa pakatan pembangkang mengkritik institusi raja dan kehakiman dan tidak puas hati sikap PKR menyokong penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam. Beliau juga meletak semua jawatan dalam parti dan menjadi Ahli Parlimen Bebas.
Saya pun tak pernah dengar nama dia sebelum ini dan tidak tahu pun raut wajahnya. Cari dalam google pun tiada. Mungkin selepas ini dia akan jadi terkenal macam Zahrain dan Tan Tee Beng.
Najib akan berusaha sungguh-sungguh untuk pastikan BN akan dapat semula 2/3 majoriti dalam Parlimen.
Memang mereka-mereka ini akan hidup dalam sumpahan rakyat.
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
