SharpShooter Followers

Friday, January 28, 2011

Nasib Mustaffa dan Gobala

Keadilan masih belum memutuskan sebarang tindakan ke atas Pengarah Biro Latihan Mustaffa Kamil Ayub dan sebaliknya masalah teknikal membabitkan notis tunjuk sebab menjadi topik perbincangan dalam mesyuarat biro politik pada malam Rabu.

Menurut sumber yang dihubungi FMT, pendekatan notis itu perlu dilakukan secara berbeza terutama membabitkan jawatan tertinggi parti.

“Notis (surat) itu pimpinan terlepas pandang, sedangkan jika melibatkan jawatan tertinggi parti pendekatan yang perlu dilakukan berbeza. Merujuk kes Mustaffa ini ia melibatkan kategori berbeza kerana beliau pemimpin tertinggi parti.

“Malah pihak sekretariat juga ditegur berhubung notis (surat) yang dihantar kepada Mustaffa, namun tiada tindakan lanjut ke atas beliau dalam mesyuarat malam tadi (Rabu),” katanya.

Mustaffa yang juga bekas naib presiden didakwa menghalang proses pemilihan parti peringkat pusat di Cabang Pasir Salak pada 25 September 2010 sehingga menerima notis rasmi yang dihantar oleh pejabat Setiausaha Agung Keadilan Saifuddin Nasution Ismail bertarikh 13 Januari lalu.

Berikutan tindakannya itu, Mustaffa yang juga bekas pengerusi Keadilan Perak telah mengingkari keputusan parti dan melanggari disiplin parti mengikut Fasal 27.7 yang boleh membawa kepada pelucutan ahli, seperti yang dinyatakan dalam notis terbabit.

Menurut sumber parti kini menunggu surat jawapan daripada Mustaffa untuk dibentangkan dalam mesyuarat akan datang.

Mesyuarat itu turut dihadiri Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim, presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta ahli-ahli biro politik dan berlangsung kira-kira tiga jam.

Dalam perkara berkaitan, berhubung isu Ahli Parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan, biro politik memutuskan untuk menunggu surat tunjuk sebab daripada beliau.

“Beliau (Gobalakrishnan) sepatutnya jawab, namun jika masih enggan maka pihak jawatankuasa disiplin parti akan mengusulkan kepada biro politik untuk tindakan selanjutnya ke atas beliau,” jelas sumber tersebut.

Gobalakrishan kini berhadapan dengan risiko masa depan politiknya dalam Keadilan ekoran tindakan mengecam hebat kepimpinan parti melalui laman twitter sehingga diberi surat tunjuk sebab sepanjang 45 halaman.

Sedia beri jawapan balas

Sementara itu, Mustaffa yang dihubungi FMT pula berkata daripada maklumat tidak rasmi yang diterima parti memutuskan tiada kes terhadap beliau.

“Saya masih menunggu maklumat rasmi daripada parti. Jika sudah selesai saya lega namun saya persoalkan mengapa timbul masalah sedangkan Anwar akui bahawa biro politik tidak dimaklumkan mengenai perkara ini?” soal beliau.

Walau bagaimanapun Mustaffa berkata jika pihak parti membuat keputusan sebaliknya maka beliau akur dan akan memberikan surat balas.

“Tempoh 10 hari itu sudah tamat… saya juga memang ada berkomunikasi dengan Azizah dan Anwar tentang hal ini. Namun jika parti masih berkehendakkan saya untuk jawab, saya akan jawab dalam masa terdekat,” katanya.

Dalam pada itu usaha FMT untuk mendapatkan Saifuddin Nasution gagal bagi mengulas lanjut perkara tersebut.

Sharpshooter - Cakap salah tak cakap salah, jadi semua serba salah. Bila agaknya siasatan terhadap aduan akan selesai.

Ini gambar terbaru Mustaffa Kamil Ayub dan Chegubard di Tenang membantu kempen Calon Pas Cikgu Normala.

Ini pula luahan rasa anak muda berenama Muhammad Saufi SAMM dalam FBnya

Betapa malunya kami bila masyarakat persendakan parti yg kami naung ni..! dimana mana kami pergi tak lepas dari perli dan kiasan yg semkin hari semkin jelek kami dengari..! kami syangkan parti yg pernah kami bina dari binaan lantainya, tiang asasnya, dindingnya, bumbungnya sehingga lah perabotnya juga turut kami hiasi..!

ramai juga ahli keluarga parti yg marahkan kami kerana sering menegur perbuatan abang, kakak, ayah & ibu dlm parti kerana melakukan kesilapan dan kemungkaran..! mereka menyuruh kami agar keluar parti dan jgn sesekali menegur abang, kakak, ayah dan ibu yg sdg melakukan kemungkaran & kecelakaan..! kami dituduh anak derhaka..! kami dipanggil trojan horse..??? kami menegur dgn penuh kasih syg, dengan roh kemuliaan, dgn keyakinan bahawa abang, kakak, ayah dan ibu terus mengekalkan sifat dan jiwa pejuang merdeka yg tdk sesekali diselaputi najis dan noda..!

salahkah kami meminta agar diselesaikan hal rumah tangga kita dgn adil..??? sdh kami gunakan semua saluran yg dipersetujui..! perbincangan meja bulat, SDAH! laporan dan aduan melalui surat, SUDAH! menyerahkan semua dokumen, SUDAH! mendedahkan semua saksi2, SUDAH! menghantar resolusi dengan penuh sopan dan adab, SUDAH! menunggu dgn sabar, SUDAH! 2minggu, SUDAH!, lagi 2 minggu, SUDAH! tambahan lagi 2 minggu, SUDAH!, tangguh lagi 2 minggu, SUDAH! minta laluan lagi 2 minggu, SUDAH! kini sdh berminggu minggu pun SUDAH!!!! kemudian cube utk tutup kemungkaran & penipuan dgn mnawarkan jawtan besar utk abg kami..!!!

SAPA YG TIPU KAMI..! SAPA YG KHIANAT KAMI..! SAPA YG PERMAINKAN JIWA2 KAMI..! SAPA YG MUNGKIR JANJI..! SAPA YG PERBODOHKAN KAMI..! SAPA YG CURI HAK KAMI..! SIAPA..???!!!

bila kami tuntut hak kami, kami digelar pengadu domba! kami digelar pemecah belah parti! kamilah pengkhianat! kami dikatakan trojan horse dlm parti! kami semua tdk beradab! kami tdk layak duduk dlm parti yg mulia ini! kami ank2 muda pengganas parti! kami pengacau parti! kami dibayar utk huru harakan parti!

namun, kami redha. kami istiqamah. kami sedar bahawa parti hanyalah sebagai landasan utk kami lorongkan buat rakyat menikmati hak mereka dalam negara. kami anak2 muda tetap meneruskan kerja kami, perjuangan kami, gerakkan kami.

kami anak2 muda masih menaruh harapan buat parti ini berubah. kami masih meyakini bahawa parti ini boleh menjadi perisai dan juga kereta kebal buat hancurkan regim...! KAMI MASIH PERCAYA..! KAMI MASIH PERCAYA..! KAMI MASIH PERCAYA..!

bantulah kami untuk "MENCARI KEADILAN DALAM KEADILAN...!"
REVOLUSI ANAK MUDA


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/