"Jangan buat serangan tanpa meneliti niat murni di sebaliknya, saya ingin melahirkan rasa kesal terhadap kehadiran saya semasa tindakan penguatkuasaan MPPP diambil dan ini telah memberi suatu gambaran yang tidak tepat dan menyimpang daripada tujuan sebenar.
"Mulai hari ini, saya tidak akan melibatkan diri dalam mana-mana tindakan penguatkuasaan yang bakal diambil oleh MPPP atau pihak berkuasa pada masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - Bernama
Sharpshooter - Sejak peristiwa itu lagi sharpshooter sudah twitt pada Guan Eng mengatakan bahawa restoran mamak memang ada salahnya tetapi tindakan Adun Komtar hadir bersama penguatkuasa adalah tindakan yang tidak betul dan tidak sepatutnya berlaku.
Apatah lagi beliau sendiri mengangkat tong gas dan bertindak ala gangstar. Sepatutnya beliau tidak perlu hadir, jangan sombong bila berkuasa. Rakyat sedang menilai.
Cukuplah dengan apa yang berlaku tahun lalu, setiap minggu ada saja isu baru yang timbul. Adun di P.Pinang kena lebih berhati-hati dalam tindakan agar tidak menimbulkan isu.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/