Timbalan Perdana Menteri Tan Srti Muhyiddin Yassin berkata tindakan Presiden MCA Datuk Dr Chua Soi Lek membangkitkan agenda PAS bagi menubuhkan sebuah negara Islam jika Pakatan Rakyat berkuasa adalah baik bagi "mengingatkan masyarakat Cina" berhubung keputusan mereka.
Sambil menyifatkan isu berkenaan bukan satu perkara baru, Muhyiddin berkata PAS masih menyimpan hasrat mereka untuk membentuk negara Islam jika berjaya menguasai Putrajaya.
"Sejak daripada dahulu pun PAS tidak pernah mengatakan mereka nak pinda perlembagaan mereka... Itu (membentuk negara Islam) masih ada.
"Jadi baik juga MCA mengingatkan pada masyarakat Cina," katanya pada sidang media selepas penamaan calon dalam pilihan raya DUN Tenang.
Muhyiddin menjawab soalan pemberita sama ada isu negara Islam yang dibangkitkan oleh MCA untuk meraih balik sokongan kaum Cina dalam pilihan raya Tenang yang akan berlangsung pada 30 Januari ini.
Pada pilihan raya itu, akan berlaku pertandingan dua penjuru antara calon BN Mohd Azahar Ibrahim dan calon PAS Normala Sudirman.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, dalam Pakatan Rakyat, mereka tidak sepakat dan di antara PAS dan DAP "mereka bertembung sehingga mengambil satu sikap berdiam diri dan tidak bercakap" mengenai perkara tersebut.
"Kalau bercakap nanti seluruh dunia tahu, kita akan kalah dan orang tidak akan sokong kita," perli Muhyiddin
"Tapi ia (penubuhan negara Islam) masih ada lagi, PAS tidak tukar perlembagaan macam (Datuk Seri) Dr Chua (Soi Lek) sebutkan, dan Karpal Singh pun kata langkah mayat saya dahulu kalau nak kepada negara Islam," katanya.
Bagaimanapun, beliau yakin pengundi di Tenang memahami perkara muslihat Pakatan Rakyat dan berkata jentera BN akan turun padang membuat penjelasan kepada pengundi.
"Kita terangkan mana yang hak mana yang betul, yang batil kita tidak ceritakan. Kita membawa risalah yang baik supaya rakyat dapat menilai dan memilih dengan bijaksana," katanya.
Sharpshooter - Alangkah indahnya jika Muhyidin juga berkata, " ya..sebagai orang Islam, saya juga bercita-cita untuk menubuhkan negara Islam". Semoga Allah membuka hatinya..amin.
Ya... benar, satu ketika dulu Karpal pernah berkata "over my dead body" jika nak tubuh negara Islam tetapi terkini semasa Konvensyen Pakatan Rakyat di Kapala Batas, Karpal berkata beliau mahu isu negara Islam segera dibincang oleh Pakatan Rakyat kerana beliau tidak mahu BN mengeksploitasi isu tersebut dalam pilihan raya umum akan datang.
DAP katanya boleh membincangkan isu tersebut dengan Anwar Ibrahim, Mursyidul Am PAS yang juga menteri besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat serta presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Karpal juga meletakkan keyakinan, isu tersebut boleh mencapai konsensus sekiranya satu perbincangan bersama diadakan.
Keterbukaan Karpal menerima Islam sebagai agama rasmi, memperlihatkan satu komitmen bersungguh-sungguh DAP mempertahan Islam dan perlembagaan negara.
Mengenai persoalan mengapa, Kelantan dan Kedah yang Menteri Besarnya PAS tetapi hingga kini masih gagal melaksanakan hukum hudud seperti isu yang sering dimainkan oleh umno?
Menolak dan mempersendakan hukum hudud (hukum Al-Qur’an). Tiada penganut ugama lain yang sanggup mempersendakan agama sendiri. Tetapi tidak pada kepimpinan Umno. Mereka memberi amaran akan mengambil tindakan jika Kelantan melaksanakan hukum hudud. Mereka juga perli, jika hudud terlaksana orang Islam ramai kudung tangan kerana mencuri dan akan habislah batu di jalan raya digunakan merejam penzina. Nak makan sup tangan pergilah Kelantan.
Tetapi, bila bercakap depan penyokong mereka…kenapa kerajaan Kelantan tak laksanakan hukum hudud sedangkan mereka yang memerintah Kelantan. Inilah manusia lidah bercabang di negara kita. Mahathir juga pernah mengatakan, " Hukum rejam kepada penzina adalah primitif" (Nilam Puri, 3 Mac 1994).
Hudud adalah perintah Allah dan yang demikian sesiapa sahaja yang mengaku dirinya sebagai orang Islam ia bukan sahaja wajib beriman dengan perintah Allah tersebut tetapi juga mesti berusaha melaksanakan hukum tersebut . Mana-mana orang Islam sama ada di dalam Umno, PAS , Keadilan, NGO atau apa-apa pertubuhan sekalipun wajib berusaha melaksanakan hukum hudud tersebut . Perlaksanaan hukum hudud bukan milik eksklusif orang-orang PAS sahaja.
Jika PAS berusaha bersungguh-sungguh cuba melaksanakan hukum hudud semasa memerintah Kelantan dan Trengganu, Umno juga tidak ketinggalan bersungguh-sungguh cuba menghalang perlaksanaan hukum Allah tersebut. Tidak cukup pemimpin Nombor 1 UMNO ( pada masa itu ) menulis surat amaran kepada Kerajaan Kelantan agar tidak melaksanakan hukum hudud ada juga pemimpin UMNO yang sanggup mencabar undang-undang hudud tersebut di Mahkamah. Malahan yang lebih teruk sekali pemimpin UMNO sanggup melabelkan hukum Alllah tersebut sebagai hukum hudud PAS.
Malaysia memang tak boleh laksanakan hukum hudud di Malaysia disebabkan perlembagaan kita sendiri tidak membenarkannya. Hukum hudud juga tidak boleh dilaksanakan di mana-mana negeri dalam negara ini selagi perkara 4 dan perkara 75 dalam Perlembagaan Persekutuan tidak dipinda.
Satu-satu pindaan dalam perlembagaan boleh dibuat sekiranya mendapat sokongan 2/3 ahli Dewan Rakyat. Maka kalau jika benar anda berhajat sekarang hukum hudud dilaksanakan, anda perlu memastikan 2/3 kerusi parlimen di Dewan Rakyat diisi dari kalangan ahli parlimen yang menyokong pelaksanaan undang-undang hudud. Kalau tidak, rancangan dan cadangan untuk dilaksanakan nanti hanyalah sebuah angan-angan sahaja!
Di Madinah, Nabi Muhammad tak perlu tunggu sampai 53 tahun untuk mendirikan kerajaan Islam. Bahkan disekelilingnya pada masa itu, majoritinya adalah bukan Islam. kenapa boleh pula? Akhirnya keindahan Islam berjaya dipertontonkan kepada orang bukan Islam. Orang bukan Islam pun terima., mengapa umno yang mengaku Islam masih nak berdalih?* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/