Kenyataan Bersama Ketua-Ketua Cabang di Sabah
Kami amat terkilan diatas kelewatan perlantikan PPN Sabah memandangkan kemungkinan PRU13 akan diadakan pada awal tahun ini. Kami telahpun menyatakan pendirian kami kepada YB Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung Parti dalam pertemuan dipejabat MPN bulan lepas tentang isu ini.
2. Kami juga amat kecewa dengan kepimpinan Sdra Ahmad Tamrin sejak beliau dilantik PPN lebih setahun yang lalu. PKR Sabah bergerak tanpa halatuju dan gagal menangani atau menyatakan pendirian tentang beberapa isu pokok yang melanda negeri ini seperti masaalah tanah adat, pemberian sijil anak negeri dan lain-lain. Pergerakan parti adalah amat lembab, tanpa perancangan rapi dan tiada usaha dibuat untuk persediaan menghadapi PRU13. Cabang Libaran sendiri adalah diantaran cabang yang “hidup segan mati tak mau”. Keahlian cabang itu amat rendah dan sayap Wanita dan AMKnya tiada pergerakan.
3. Selaku nakhoda, Sdra Ahmad Tamrin sepatutnya merangka dan mengatur strateji agar PKR kekal menjadi tonggak gerakan pembangkang di negeri ini. Dewasa ini, PKR Negeri agak ketinggalan dari segi gerakan jika dibandingkan dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat mau pun parti pembangkang lain. Mujurlah ada gerakan dibuat oleh beberapa Cabang diperingkat akar umbi. Sekiranya keadaan ini berterusan, PKR Sabah akan dicatit dalam sejarah politik negeri ini sebagai sebuah parti yang gagal memenafaatkan aspirasi rakyat. Kita tidak harus membiarkan masa depan anak cucu kita terjejas semata-mata oleh kelemahan kepimpinan politik.
4. Dengan ini, kami 15 ketua-ketua dan pemangku-pemangku ketua Cabang sebulat suara menyeru kepada YBHG Dato Seri Presiden agar Hj Ansari Abdullah dilantik sebagai PPN Sabah. Ada juga beberapa Ketua-ketua Cabang yang member sokongan secara lisan kerana tidak mahu mengoris perasaan Sdra Tamrin. Kami yakin Hj Ansari boleh mengerakan parti ini bersama dengan rakan-rakan yang lain dalam Pakatan Rakyat untuk menghadapi PRU13 dengan jayanya.
5. Masa sudah tiba untuk PKR bergerak secara teratur dan berkesan. Beliau adalah yang terbaik diantara kami ketua-ketua Cabang yang ada pada hari ini. Hj Ansari mempunyai latarbelakang pendidikan yang baik, berpengalaman, berwawasan dan taat setia kepada perjuangan dan parti sejak 1999 lagi.
6. Kita mestilah teguh dan “focus” dalam gerakerja dan tidak terumbang-ambing mengikut arus dan tanpa halatuju seperti sekarang ini. Semasa pilihanraya kecil Batu Sapi, Sdra Tamrin telah gagal menjalani ujian kesetiaan kepada parti apabila beliau menghilangkan diri dan gagal membantu calun Pakatan Rakyat. Begitu juga Cabang Libaran. Selaku nakhoda, Sdra Tamrin sepatutnya mencontohi Datin Saidatul Badru yang bertungkus lumus semasa PRK Likas walaupun tidak terpilih sebagai calun.
7. Kami ketua-ketua Cabang KDM dalam PKR juga mengambil kesempatan ini untuk menegaskan bahawa kami bersama pemimpin lain dan akar umbi akan tetap berada dalam parti PKR, walaupun Dr Jeffrey Kitingan telah mengambil keputusan untuk keluar parti dan bergerak melalui sebuah NGO. Kami juga yakin pemimpin dan ahli-ahli dari suku yang lain akan terus taat setia kepada perjuangan dan matlamat parti.
8. Esok Setiausaha Agung akan datang sekali lagi untuk berbincang dengan kami dan kami berharap agar janji otonomi yang dinyatakan oleh Ketua Umum YB Dato Seri Anwar Ibrahim dikotakan. Suara majoriti harus diambil kira dalam proses melantik PPN Sabah.
(Anthony Mandiau)
PKR SARAWAK: KAMI ANAK TIRI ANWAR IBRAHIM
Ramai sekali teman-teman berkongsi rasa kesal dengan apa yang berlaku kepada PKR. Akibat dari pemilihan parti tempohari sampai hari ini, PKR tidak henti-henti dengan dilanda berbagai-bagai masalah dan kontroversi. Banyak sudah anggota PKR di bawahan ini sudah hilang kepercayaan kepada barisan pimpinan. Ada antara mereka yang semakin kurang aktif malahan ada yang merancang mahu keluar ikut SNAP dan DAP. Sudah pasti perkembangan ini merisaukan jika PKR Pusat merasakan bahawa PKR Sarawak penting.
Pilihanraya Negeri Sarawak sudah semakin dekat. Pilihanraya ini amat penting untuk rakyat Sarawak yang selama ini diperbodohkan oleh Taib Mahmud. Pilihanraya ini sangat penting untuk rakyat di Sarawak yang mahu melihat Taib dan kroni-kroninya tumbang. Pilihanraya ini adalah harapan dan penantian rakyat Sarawak tidak kira bangsa Iban atau Cina atau Melayu.
Sebagai ahli PKR saya ada hak mahu menegur pemimpin atasan, khususnya Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang membuat Sarawak seperti anak tiri beliau. Ramai ahli PKR Sarawak kesal apabila Ketua Umum tidak menjaga sensitiviti PKR Sarawak. Semua pemimpin PKR Sarawak kalah dalam pemilihan PKR baru-baru ini. Tidak ada seorang pun dari PKR Sarawak yang menang dalam peringkat tertinggi iaitu MPP. Seumpama ahli PKR tidak mengiktiraf pemimpin Sarawak untuk dimenangkan dalam MPP. Saya berkongsi pendapat dengan ramai ahli di Sarawak yang merasakan bahawa ini semua adalah disebabkan tidak ada usaha kepimpinan Dato’ Seri membawa pimpinan Sarawak (Suara Sarawak) ke peringkat MPP pusat. 12 pemimpin Sarawak menawarkan diri jadi calon, tetapi tidak ada seorang pun yang dipilih.
Keikhlasan perjuangan PKR di Sarawak nampaknya tidak serius. Sehingga hari ini selepas lebih satu bulan MPP ditubuhkan, Pengerusi PKR Sarawak masih belum dilantik. Untuk pengetahuan Dato’ Seri Anwar, pilihanraya Sarawak akan diadakan tidak lama lagi. PKR Sarawak masih belum ada ketua. PKR Sarawak masih tidak tahu siapa pemimpin. Pilihanraya semakin tiba dan jentera parti belum ada. Bagaimana PKR mahu menang kalau sampai hari ini tidak dilantik ketua?
Propaganda BN cuba menghasut rakyat Sarawak supaya jangan percaya PKR. PKR adalah parti semenanjung. Bila difikirkan ada betulnya kata-kata “PKR ialah parti Semenanjung”. Semenanjung dahulu kemudian Sarawak dan Sabah.
Ahli PKR di Sarawak risau apabila sehingga hari ini masih belum apa-apa penerangan tentang persediaan menghadapi pilihanraya Sarawak. Sehingga hari ini tidak ada latihan dan persiapan PKR sebagai sebuah parti yang mahu melawan Taib Mahmud di Sarawak. Sehingga hari ini masih tiada lagi bajet pilihanraya yang turun kepada cabang-cabang untuk bergerak.
Janji Dato’ Seri Anwar Ibrahim tahun lalu bahawa ahli parlimen PKR akan diarahkan bergilir-gilir setiap bulan datang ke Sarawak tidak menjadi kenyataan. Tidak nampak batang hidung YB-YB ahli parlimen PKR dari semenanjung datang Sarawak apatah lagi bertanya bagaimana persiapan PKR di Sarawak melawan rejim Taib. Pemimpin Kuala Lumpur datang minta undi, bikin janji baru, kemudian pulang ke Kuala Lumpur.
Jadi, bagi pihak ahli PKR Sarawak saya menegur kepimpinan Dato’ Seri Anwar dan ingin menyatakan akibat kelewatan melantik Ketua Negeri, PKR Sarawak berpuak-puak, berdendam sesama sendiri, berlawan sesama sendiri sampai hari ini.
Apa yang dikesali ahli bawahan parti, kelewatan ini bukan kali pertama. Tahun lalu (2009) perkara yang sama juga berlaku. Isunya juga sama - perlantikan jawatan Ketua PKR Sarawak digantung oleh pusat dan pengumuman Ketua PKR Sarawak ditangguh-tangguhkan.
Persiapan pilihanraya di Sarawak bukan seperti di Semenanjung. Kawasan-kawasan Dewan Undangan Negeri amat besar dan kemudahan jalanraya amat terhad. Soalnya sekarang di mana PKR Sarawak? Ada atau tiada? Serius atau tidak?
ILLAM KUBONG AK DAGANG
Kuching, Sarawak
No ahli: Q060000568
Sharpshooter - Jangan hanya pandai menyerang umno dan b-end sahaja, masalah dalam parti sendiri juga kena diselesaikan segera. Jangan biarkan masalah ini berpanjangan. Jangan ambil mudah dan terkena penyakit sindrom "NAFI" seperti Rais Yatim.
Masalah aduan penipuan pemilihan juga sudah terang lagi bersuluh....telah disapu bawah karpet..
Teringat ucapan popular mantan Presiden Amerika
" You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time..."
Abraham Lincoln,
16th president of US (1809 - 1865)
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Wan Rosdy: Insentif Kecemerlangan Pendidikan, Kerajaan Pahang Sedia
Peruntukkan Sebanyak RM1 Juta
-
*RAUB*: Kerajaan Negeri Pahang menyediakan insentif RM1 juta buat golongan
muda yang cemerlang dalam pendidikan.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Diraja ...
18 hours ago