SharpShooter Followers

Saturday, January 29, 2011

Merlimau semua mau

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau pada 6 Mac sementara penamaan calon pada 26 Februari ini.

Perkara tersebut diumumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

"SPR telah mengadakan mesyuarat khas mengenainya pada malam ini dan menetapkan bahawa satu pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan yang diputuskan oleh SPR bagi mengisi kekosongan kerusi berkenaan.

"SPR telah bersetuju melantik seorang Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan tiga orang Penolong Pegawai Pengurus bagi menjalankan pilihan raya kecil berkenaan," katanya.

Menurutnya, SPR juga telah bersetuju untuk menubuhkan tiga Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) yang diketuai oleh seorang Pegawai Penguat Kuasa bagi setiap pasukan.

Bagi menjalankan pilihan raya kecil Merlimau, SPR akan menggunakan Dewan Platinum Politeknik Merlimau sebagai Pusat Penamaan Calon dan Pusat Penjumlahan Undi Rasmi.

"Sebanyak tujuh buah sekolah akan digunakan dengan 21 saluran mengundi.

"Seramai 248 orang petugas pilihan raya akan dilantik untuk mengendalikan proses pilihan raya ini dengan anggaran belanjawan sebanyak RM830,000," katanya.

Abdul Aziz berkata, Daftar Pemilih Induk Pilihan (DPI) 2009 bagi pilihan raya berkenaan yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2010, Suku Tahun Kedua 2010 dan Suku Tahun Ketiga 2010.

Seramai 10, 679 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 10, 643 pemilih biasa dan 36 pengundi pos.

Daftar pemilih pilihan raya bagi pilihan kecil berkenaan akan mula dijual pada 11 Februari 2011.

"Semakan Daftar Pemilih untuk mengetahui maklumat pusat mengundi dan saluran mengundi boleh dibuat melalui laman web SPR, www.spr.gov.my atau melalui khidmat pesanan ringkas.

"Selain itu pengundi juga boleh menelefon ibu pejabat SPR di Putrajaya dan pejabat pilihan raya negeri Melaka untuk membuat semakan tersebut, " katanya.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan pada 20 Januari lalu.

Sharpshooter - Merlimau kemungkinan adalah prk terakhir, Pelabuhan Klang dan Kota Seputeh rasanya tidak akan berlaku prk lagi. SPR adalah talian hayat umno dan sebab itu SPR bertindak lebih umno dari umno.

Merlimau adalah kerusi PAS bertanding pada PRU 12 tahun 2008. Mengikut perjanjian Pakatan Rakyat, jika berlaku prk, parti mana yang bertanding pada PRU 12, maka parti itulah yang akan bertanding jika berlaku prk. Ianya mungkin akan berubah dalam PRU13.

Bila Shamsul Iskandar tawarkan diri untuk bertanding Dun Merlimau, ia mengundang reaksi yang kurang senang di kalangan pimpinan PAS dan ahli PAS. Isu ini hangat dibahaskan dalam facebook seperti dalam facebook Kedah Lanie

http://www.facebook.com/KedahLanie/posts/193256187367513?notif_t=like#!/KedahLanie/posts/193256187367513?notif_t=feed_comment_reply

Teringat kata Mahatma Gandhi "The world has enough for everyone's need but not enough for everyone's greed" ayat inilah yang Anwar gunakan semasa ucapannya pada Kongres di Pulau Pinang dan merupakan ucapan terbaik Anwar dalam kongres sebelum PRU 12.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/