SharpShooter Followers

Thursday, January 13, 2011

Cubaan merampas Selangor


Kira-kira 50 anggota Gagasan Anti Penyelewangan Selangor (GAPS) berhimpun di pejabat ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei, untuk mendesak beliau meletak jawatan ekoran kenyataannya yang didakwa menghina Sultan Selangor. NONE

Mereka berhimpun di pusat khidmat ADUN Sri Muda itu di Bukit Kemuning , mulai jam 12.20 tengahari tadi. Polis memberi mereka masa selama 15 minit untuk berhimpun.

Sebelum itu, mereka berkumpul di sebuah restoran berhampiran, sebelum berarak menuju ke pejabat Shuhami.

Mereka turut membawa kain rentang bertulis 'Kami Menjunjung DYMM Sultan Selangor' dan 'Pakatan Rakyat merosakkan institusi diraja', sambil menyanyikan lagu 'Inilah barisan kita". NONE

Mereka juga membawa dua patung - satu ditulis 'Shuhaimi' dan satu lagi bertulis 'Khalid gagap'. Mereka tidak membakar patung tersebut, tetapi tertindak memijak dan menyepaknya.

Dalam ucapan ringkasnya, pengerusi GAPS, Hamidzun Khairuddin turut mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan ISA terhadap mereka yang menjejaskan institusi raja.

Ketika itu, ada di kalangan mereka hadir melaung mencabar Shuhaimi keluar menemui mereka. Bagaimanapun difaham, ADUN Sri Muda itu tiada di pejabatnya.

Kumpulan tersebut bersurai pada kira-kira jam 12.30 tengahari. NONEPolis mula berkawal di situ sejak jam 10 pagi tadi.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Hamidzun berkata, mereka yang hadir terdiri daripada anggota GAPS, Majlis Belia Malaysia Sslangor, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan anak jati Jalan Kebun.

Ditanya mengapa mereka tidak menyerah sebarang memo, Hamidzun berkata ia kerana mereka mahu bersemuka dengan Shuhaimi tetapi tidak dapat. "Kita nak nasihat, bila tulis blog itu, baik-baik, jangan menderhaka kepada sultan," tegasnya.

Sharpshooter - Ini tindakan gila meroyan gila talak namanya...kenapa tak guna nama umno...dah malu agaknya..hahahahaha...

Rakyat tidak pernah lupa sejarah, siapa yang menentang Sultan dan Raja-Raja Melayu.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/