
Sebelum itu Anwar telah mencabar Najib untuk berdebat dengannya setelah Najib memperlekehkan agenda Buku Jingga Pakatan Rakyat. Sebenarnya buku inilah yang membuatkan pimpinan umno "raplah jingga" kata orang P.Pinang.
Sharpshooter ingin mengimbau kembali tahun lalu (2010) ketika isu Melayu P.Pinang begitu hebat dimainkan dan diserang setiap hari oleh media arus perdana terutamanya tv3 suku dan utusan meloya.
Ketika itu Pemuda UMNO mahu mengajak Guan Eng berdebat isu Melayu P.Pinang.

Kami berpecah kepada dua kumpulan, sharpshooter, Rizal Hamid, Zulkarnain dan Zul mamak bergegas ke Kuala Lumpur bersama Chegubard dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyerbu bangunan umno di PWTC untuk menghantar surat jemputan kepada najib dan khairy untuk hadir pada debat tersebut.
Terimakasih kepada Malaysiakini dan TV Pas yang telah sudi merakamkan video detik bersejarah seperti di bawah ini.

Kemuncaknya pada 7 March 2010, tidak ada seorang pun yang berani hadir samada dari pemuda umno, gpms ataupun dewan perniagaan melayu P.Pinang.
Inilah satu kejayaan AMK P.Pinang dan Chegubard yang bertindak pantas mengatur strategi untuk mematahkan hujah musuh.
Tetapi sayangnya Keadilan mempunyai Pengarah Strategi, Rafizi Ramli yang mempunyai kelulusan UK setaraf dengan Khairy dan Ketua AMK Shamsul Iskandar yang di bawah naungan Anwar kelihatan agak lesu dan tidak mampu untuk mematahkan hujah dan tindakan khairy tapi tak mengapalah itu pilihan Anwar...so its ok...Sivaji The Boss...

Ternyata beliau gagal berbuat sesuatu yang memberi kesan dan impak besar kepada serangan khairy. Maafkan sharpshooter Rafizi, teguran untuk kebaikan, kelulusan tinggi belum menjamin boleh bertindak pantas dan mengatur strategi yang baik. Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya.
Namun begitu, pujian wajar diberi kepada Rafizi Ramli kerana menyiapkan Buku Jingga yang berjaya membuatkan pemimpin umno "raplah jingga".

Kenyataan seperti itu tak cukup, kena agresif lagi dan tahu bagaimana untuk mematahkan tindakan dan hujah khairy. Sharpshooter berharap Shamsul Iskandar berlapang dada terima teguran ini demi untuk kebaikan Parti Keadilan Rakyat.
Malaysiakini baru melaporkan pemuda umno serah surat jemputan debat di Pejabat Keadilan Tropicana di sini. Manakala Malaysian Insider pula melaporkan di sini
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/