SharpShooter Followers

VIDEO CLIP PERTAMA JINGGA 13 YANG PALING POPULAR

Thursday, January 06, 2011

Jom pekena Nasi lemak cilibilis



Sdr Hashim Hj Ismail dahulunya adalah pegawai di Pejabat YB Hj Malik Kassim Adun Batu Maung merangkap Exco Kerajaan Negeri P.Pinang di tingkat 53 KOMTAR.

Beliau memang pakar membuat design banner, poster dan menjadi editor majalah YB Hj Malik Kassim.

Beliau berkhidmat selama dua tahun dan akhirnya mengambil keputusan nekad untuk berdikari dengan memilih membuka perniagaan Nasi Lemak Cilibilis di Padang Kota Baru atau Gurney Drive.

Alhamdulillah perniagaannya begitu maju sekarang. Tak menang tangan dibuatnya. Jadi bila berkunjung ke P.Pinang, jangan lupa pi pekena Nasi Lemak Cilibilis istimewa...memang sedap dan sempoi.

Mai beramai ramai ke gerai Nasi Lemak Cilibilis... anda pasti akan teruja dengan kelazatannya...

Waktu operasi : 5.00pm - 11.30pm

Jom pi pekena Nasi Lemak Cilibilis....anda pasti nak mai lagi...


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/