Apa kata Chegubard yang pernah melawan Khairy di Rembau
Gagal laksana agenda perubahan dan tiada ruang bagi kelompok muda menjadi faktor utama Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin enggan mempertahankan kerusi Parlimen Rembau pada Pilihan Raya Umum(PRU) akan datang, kata Chegubard
Dihubungi Tv Selangor, beliau yang juga Ketua Cabang Keadilan Rembau berkata krisis dalaman Umno antara kelompok muda dan tua yang tidak kesudahan turut menjadi sebab mengapa Khairy merehatkan diri daripada politik.
"Persoalan siapa bertanding di Rembau, sama ada Khairy ada atau tidak, ia tidak menjejaskan tumpuan dalam memperkasakan jentera parti atau pun program kemasyarakatan.
"Apa yang berlaku adalah krisis dalaman Umno yang tidak kesudahan kerana ia melibatkan kekuasaan dan Menteri Besar Negeri Sembilan yang menjadi Ketua Umno Bahagian Rembau turut ada masalah serius dengan Ketua Pemudanya itu," katanya.
Tambahnya, ini membuktikan bahawa umno itu sendiri mempunyai krisis yang teruk dengan kelompok muda dalam parti itu dimana mereka tidak diberi ruang sempurna di mana ia diwakili oleh Khairy.
"Kelompok tua atau pemimpin lama dalam Umno mengawal sepenuhnya parti itu sehingga tiada ruang untuk kelompok muda," ujar beliau
Ujar Badrul, apabila Khairy dengan semangat idealismanya mencuba banyak ruang untuk membuat perubahan tetapi ternyata Umno parti tradisional tua yang tidak mampu diubah sebaliknya Khairy pula semakin dipinggirkan.
"Saya rasa ini merupakan perkembangan yang tidak sihat bagi Umno di kala PRU semakin hampir manakala kelompok muda parti itu tidak diberikan ruang yang sempurna.
"Saya merakamkan simpati dengan Khairy di mana macam mana lajunya beliau masuk ke dalam politik seperti bapa mertuanya sebagai Perdana Menteri dan beliau nampaknya mengalami nasib yang sama," kata Badrul yang turut dikenali dengan panggilan Chegubard.
Sharpshooter - Sudah pasti berita ini berita gembira buat parpu kari dan mungkin buat kenduri pisang bagi beruk makan agaknya. Beritanya di sini.
Benarkah Khairy akan berhenti dari politik atau ia sekadar helah politik. Apakah ada udang di sebalik batu. Percaturan dalam politik ini berbagai cara dan taktik. Politik kotor dalam umno itu sudah lama bersarang. Falsafah "Tiada kawan kekal dan tiada musuh kekal" sudah sebati dalam umno.
Apakah Khairy sudah kehilangan tongkat sakti pak mertuanya Pak Lah. Pak Lah mungkin sudah bersara dari politik pada PRU 13. Pak Lah letak jawatan sebagai Perdana Menteri sebab tidak tahan dengan asakan dari Mahathir yang berterusan mengkritik Pak Lah dan Khairy tetapi kita kena ingat Mahathir marah dan kritik Pak Lah bukan sebab untuk kepentingan rakyat tetapi untuk kepentingan dirinya dan anak pinaknya.
Rakyat juga masih tertanya-tanya apa motif sebenar Pak Lah menyerahkan dua blog telaga minyak kepada Brunei. Apa yang tersirat sebenarnya? Mana mungkin Pak Lah boleh serahkan dua blog telaga minyak kepada Brunei jika tidak ada sesuatu perkara yang besar yang disembunyikan kepada rakyat.
Begitu juga dengan najib yang serahkan tanah di Singapura. Kes Altantuya menjadi sebab najib serahkan tanah di Singapura. Apa pemuda umno buat dalam dua kes besar yang melibatkan maruah negara bukan maruah bangsa.
Apakah Khairy setuju dengan perkara di atas? Apakah Khairy sudah tahu beliau memang tidak ada tempat lagi dalam umno? Mengapa Khairy tidak dilantik menjadi menteri selepas menang ketua pemuda umno?
Apa jua persoalan yang timbul, itu tidak penting dan siapa juga yang ambil alih adalah sama sahaja sebab dasar tidak berubah. Kemungkinan ini adalah helah Khairy dalam politik. Dalam dunia politik segalanya mungkin.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
KUNJUNGAN HORMAT KEPADA TUAN MUSTAFFA KAMIL AYUB.
-
Kunjungan Hormat Jingga 13 Malaysia dipimpin Saudara Mikhael Iskhandaar,
kepada Pengerusi INSKEN: Tuan Mustaffa Kamil Ayub.
Kami menerima buku Membang...
Hadith mana yang suruh solat hajat untuk PERASUAH?
-
*Solat* Sunat *Hajat* merupakan *solat* sunat yang didirikan untuk memohon
*hajat* atau ketika berada dalam kesulitan.
Pada kebiasaannya dilakukan secar...
Luka Rakyat
-
Rakyat itu selalu diam,
tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa,
rakyat itu seperti naga,
melingkar dengan berat badan dan diam dalam keheningan sendiri,
t...
LEMAN RAJA LAWAK BAKAL JUTAWAN MENJELANG 2020
-
Pulau Pinang - Nama leman raja lawak tidak asing lagi ditanah air atau nama
sebenarnya Sulaiman Ibrahim yang berasal dari Negeri Kedah .
Insan ini perna...
YB - jangan tayang body, hodoh
-
YB, tindakan YB mandi ais itu betul! Salahnya adalah YB ambil gambar YB
sendiri dan muat turun dalam laman sosial untuk ditonton. Sebab, YB seorang
nega...
5 SEBAB ANWAR AKAN TEWAS DI PORT DICKSON
-
*Faktor 1 - Peratus keluar mengundi rendah.*
Jika di lihat daripada keputusan tiga pilihanraya kecil selepas PRU14,
perkara yang paling ketara ialah per...
Biji Benih Acai Berry
-
Harga Ramadhan dilanjutkan ke bulan Shawwal.
Sebungkus benih Acai berry RM50.00 termasuk poslaju.
Dua bungkus hanya RM90.00 termasuk poslaju. Setiap
bungkus ...
-
Ucapan Perbahasan Menjunjung Titah SPB Yang Dipertuan Agong YB Senator Dr
Muhammad Nur Manuty semasa Sidang Dewan Negara pada 18 April 2016
Bismillahirr...
Obama digesa jarakkan diri daripada Najib
-
BACK IN January, Malaysia’s autocratic-minded prime minister, Najib Razak,
tried to decree the end to a scandal involving the appearance of $681
million ...
RATIB UG ... TIMBUL TIMBALAN PERDANA MENTERI
-
Ratib UG di mainkan semula sekalipun yang meratib itu sudah pening angguk
geleng . PAS yang masih bersedih dengan kehilangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz
teru...
KENYATAAN MEDIA Y.B. DATO’ MANSOR BIN HJ. OTHMAN
-
*KENYATAAN MEDIA*
*Y.B. DATO’ MANSOR BIN HJ. **OTHMAN*
*PENGERUSI PARTI KEADILAN RAKYAT*
*NEGERI PULAU PINANG*
Saya ingin merujuk kepada laporan berita The ...
Polemik Kalimah ALLAH
-
*Bermula apabila Kementerian Dalam Negeri di bawah Syed Hamid Albar
melarang majalah The Herald menggunakan kalimah Allah dlm penerbitan
mereka.....
Indonesia Tuduh PDRM Pengecut Dan Biadap
-
*Indonesia tuduh PDRM pengecut dan biadap!!!!! .. Apa tindakan Perkasa,
PEMUDA UMNO, JATI DAN ISMA!!!!*
*JAKARTA* – Indonesia memprotes tindakan Polis D...
Info Solat
-
Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh
itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam
keadaan b...