Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menegaskan sebagai "tidak masuk akal" kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir bahawa 99 peratus pelaburan di negeri ini adalah atas usaha promosi kerajaan pusat.
Lim berkata adakah ini bermakna kalau Pulau Pinang tidak mendapat pelaburan, itu juga tanggungjawab kerajaan pusat.
"Kalau Mukhriz yang cakap begitu, beliau juga mesti bertanggungjawab kalau Pulau Pinang tidak berjaya (menarik pelaburan).
Tak kan kalau berjaya beliau hendak dapat kredit dan kalau tidak berjaya itu salah orang lain," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Malaysia, Masood Khalid di George Town hari ini.
Katanya enam bulan pertama tahun lepas, kerajaan negeri dikritik hebat oleh pihak pembangkang negeri iaitu dari BN kerana hanya mampu mencapai RM1.5 bilion pelaburan.
"Masa itu, kita dikritik hebat dan mengapa BN tidak keluar untuk mengaku itu salah mereka. Sekarang bila Pulau Pinang dapat mencapai jumlah pelaburan yang tertinggi tahun lepas, itu dia punya kredit dan itu dia punya kepandaian," katanya.
Akhbar hari ini melaporkan kenyataan Mukhriz bahawa kerajaan Pulau Pinang yang diteraju pakatan DAP-PKR-PAS tidak harus cepat "mengambil kredit" di atas usaha orang lain dalam mempromosikan negeri tersebut sebagai destinasi pelaburan.
Sebelum ini, Pulau Pinang berjaya mencatatkan peningkatan sebanyak 465 peratus pelaburan pada tahun 2010 berbanding dengan tahun 2009.
Sharpshooter - Alahai anak che det sebelum ni hang puji dan mengakui kecekapan Selangor, Pulau Pinang dan Kedah yang diperintah pakatan Rakyat sebagai tiga negeri yang paling tinggi merekodkan kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) berbanding negeri yang ditadbir Umno-Barisan Nasional.
Hang juga pernah berkata dan mengakui "Dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, antara lima negeri yang menerima FDI tertinggi adalah Selangor, Johor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah."
"Negeri yang paling tinggi menerima kemasukkan FDI adalah selangor dengan pelaburan sebanyak RM5.66 bilion, yang kedua tinggi adalah Johor iaitu di bawah kerajaan Umno-BN, yang ketiga dan keempat adalah Pulau Pinang dan Kedah manakala Perak pula di tempat yang kelima."
Sepatutnya hang malu sebab 1 Malaysia gagal tarik pelabur seperti negeri Pakatan Rakyat.
Yang sudah tu sudahlah...jangan buat kenyataan yang bukan-bukan...memalukan...
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Anak che det..Jangan buat yang bukan-bukan..memalukan...
PN mencari penawar untuk pulih keretakan
-
*ULASAN*
*Melepas jawatan tepat pada masa sesuaipada kerika, kata Samsuri.*PELETAKAN
jawatan sebagai Bendahari Agung PN oleh *Ahmad Samsuri Mokhtar* mas...
Lagu Malaysia MADANI
-
"Malaysia Madani" Audio Production Team: Composer : Sam Lirik : Sam &
Pidaus Producer : Bunkface Arranger : Bunkface , Epul Kuat Recording
Engineer : E...
YB-YB Tolong Baca dan Hadam
-
Harapkan pingat tak dapat
Harapkan projek tak dapat
Semua tak dapat takpa ...tak kisah...
Tapi kawan2 semua yang ada cuma minta satu saja..
Dulu kita kerajaa...
Sumbangan Khas Aidilfitri Kepada Penduduk Sik
-
Seperti biasa setiap tahun, 10 buah rumah keluarga paling daif akan
terpilih oleh kami dari 300 penerima untuk memberikan sumbangan raya ...
10 keluarga...
5 SEBAB ANWAR AKAN TEWAS DI PORT DICKSON
-
*Faktor 1 - Peratus keluar mengundi rendah.*
Jika di lihat daripada keputusan tiga pilihanraya kecil selepas PRU14,
perkara yang paling ketara ialah per...
MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN
-
MAKA dengan ini kami bersepakat dan bersetuju dengan muafakat bersama ini
sebagai perjanjian yang mengikat parti-parti kami.
Rakyat Malaysia berhasrat men...
Pembekal Bendera dan Barangan Kempen Pilihan Raya
-
Saya adalah pembekal bendera murah Pakatan Harapan dan Barangan Kempen
Pilihan Raya bagi seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Hubungi...
Biji Benih Pokok Ulam Jarjir
-
Gambar pokok ulam Arab, Jarjir (جرجير)
Benih pokok Jarjir sebungkus 20g. +/- .. Harga
rm30 sebungkus atau rm55 dua bungkus, termasuk poslaju ..
W/a: 012 3...
Kelantan umum 11 Sept cuti peristiwa
-
*KOTA BHARU:* Kerajaan Kelantan mengisytiharkan 11 September 2016 (9
Zulhijjah) sebagai cuti peristiwa sempena Hari Raya Aidiladha.
Pengumuman itu dibua...
Obama digesa jarakkan diri daripada Najib
-
BACK IN January, Malaysia’s autocratic-minded prime minister, Najib Razak,
tried to decree the end to a scandal involving the appearance of $681
million ...
Politik samseng ganas makin berakar dalam PAS?
-
Sebelum ni kereta Dr. Hatta kena bakar, rumah Hanifa Maidin kena ceroboh
dan pintu ofis Zulhazmi disimbah cat, kali ni Dr. Dzul pulak ditumbuk
dimuka tim...
Piala Dunia 2014 : Suatu Penilaian Buat Malaysia
-
Tiupan wisel sang pengadil sejurus beberapa minit sebelum azan subuh di
Malaysia pagi tadi menandakan berakhirnya kempen Piala Dunia 2014 di
Brazil. Ia j...
KENYATAAN MEDIA Y.B. DATO’ MANSOR BIN HJ. OTHMAN
-
*KENYATAAN MEDIA*
*Y.B. DATO’ MANSOR BIN HJ. **OTHMAN*
*PENGERUSI PARTI KEADILAN RAKYAT*
*NEGERI PULAU PINANG*
Saya ingin merujuk kepada laporan berita The ...
Polemik Kalimah ALLAH
-
*Bermula apabila Kementerian Dalam Negeri di bawah Syed Hamid Albar
melarang majalah The Herald menggunakan kalimah Allah dlm penerbitan
mereka.....
Indonesia Tuduh PDRM Pengecut Dan Biadap
-
*Indonesia tuduh PDRM pengecut dan biadap!!!!! .. Apa tindakan Perkasa,
PEMUDA UMNO, JATI DAN ISMA!!!!*
*JAKARTA* – Indonesia memprotes tindakan Polis D...
Info Solat
-
Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh
itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam
keadaan b...