Menurutnya, kesilapan itu perlu diakui dan diperbetulkan segera memandangkan beliau kini bergiat aktif dalam kerja-kerja kebajikan dan tidak mahu ia disalah anggap pada masa depan.
“Hari ini saya mahu membersihkan nama saya dengan memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak termasuk media kerana menggunakan gelaran ‘Datuk’ yang telah saya ‘beli’ pada 2006 dengan RM250,000.
“Selain untuk saya sendiri, saya juga membelikan gelaran ‘Datuk’ buat seorang lagi kawan dengan harga sama dan kos keseluruhan termasuk menyediakan hiburan kepada penjual adalah sekitar RM1 juta,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Mohd. Ali memakai gelaran itu yang kononnya dianugerahkan oleh institusi diraja dari sebuah negeri di bahagian utara Semenanjung pada 2006 menerusi seorang ejen dan ahli kerabat institusi itu.
Bagaimanapun, katanya, beliau tidak boleh mengambil sebarang tindakan undang-undang kepada ahli kerabat itu memandangkan individu tersebut telah diisytihar muflis beberapa tahun lalu.
Menceritakan pengalamannya, kata Mohd. Ali, ‘nafsu’ untuk memakai gelaran ‘Datuk’ pada masa itu timbul kerana berfikiran ia boleh memudahkan urusan perniagaannya sebagai kontraktor.
Namun, katanya, ia tidak lagi perlu kerana menginsafi gelaran itu diperoleh secara palsu dan berpendapat ia boleh mendatangkan kemudaratan kepadanya dari segi sosial dan ketuhanan pada masa depan.
Sharpshooter - SPRM tunggu apa lagi, jelas rasuah berlaku, tangkap saja Mohd Ali Baharom dan semua mereka yang terlibat. Takkanlah semudah itu mohon maaf dan semua kesalahan rasuah dimaafkan.Selepas ini jika najib dan suami puakanya rosmah pula mohon maaf kerana rasuah kapal selam dan arah bunuh Altantuya, takkanlah beliau boleh terlepas dari kesalahan rasuah dan membunuh.
Apa agaknya reaksi senatak sesumpah katak mantan pengerusi GERAK yang kononnya membanteras rasuah. Akhirnya untuk menutup mulut beliau dirasuah jawatan senatak.
SPRM dok nganga apa lagi...bertindak segera...begitu juga dengan AMK, dok nganga apa lagi?
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/