SharpShooter Followers

VIDEO CLIP PERTAMA JINGGA 13 YANG PALING POPULAR

Monday, January 03, 2011

Mujahid bersifat terbuka terhadap isu bukunya



Ahli jawatankuasa kerja PAS Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata beliau bersikap terbuka terhadap kritikan daripada mana-mana pihak berhubung buku terbarunya Menuju PAS Baru: Krisis, Peluang dan Dinamisme, yang dihasilkannya dengan hasrat untuk memperbaiki organisasi parti.

"Jika ia baik untuk parti saya berbangga kerana telah menjalankan tanggungjawab saya."Tetapi sekiranya tidak diterima sekalipun saya bersyukur kerana telah berusaha ke arah melihat masa depan PAS yang pastinya akan menjadi parti arus perdana dalam negara ini," katanya kepada pemberita di Georgetown hari ini.

PAS mujahidBeliau berkata menjadi tanggungjawabnya untuk menjelaskan segala kekeliruan yang timbul hasil daripada penulisan bukunya itu termasuk keputusan Dewan Ulama PAS Kedah yang menolak pandangannya dalam buku itu sepertimana yang disiarkan beberapa akhbar tempatan baru-baru ini.

Dewan Ulama PAS Kedah dalam satu kenyataan pada Rabu lepas berkata dewan itu menolak tulisan Dr Mujahid dalam buku itu yang antara lain mahu mengubah konsep kepimpinan ulama dalam parti itu dan bahawa PAS perlu berpijak di bumi nyata dan harus "dinasionalkan".

Dr Mujahid berkata buku tulisannya itu merupakan usaha untuk melihat masa depan PAS dengan mengambil kira aset perjuangan parti sejak lebih 50 tahun lepas.

"PAS juga melalui fasa-fasa kepimpinannya dan buku “Menuju Pas Baru” hanyalah garapan saya terhadap masa depan organisasi parti yang perlu difikir oleh generasi muda.

"Kekeliruan dari sudut istilah-istilah yang digunakan dalam buku tersebut boleh dijelaskan dengan mengadakan wacana dan diskusi yang sihat bagi membudayakan sikap keterbukaan kepada pandangan-pandangan yang berbeza," katanya.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/