SharpShooter Followers

Saturday, January 15, 2011

Rafizi lebih hebat dan layak berdebat dengan Khairy

Parti Keadilan Rakyat kecewa dengan keputusan Perdana Menteri Najib Razak menolak pelawaan Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim untuk membahaskan sama ada Kerajaan mampu melaksanakan Program 100 Hari Pakatan Rakyat atau tidak.

Pelawaan Anwar (gambar kanan) dibuat bagi membolehkan rakyat menilai dakwaan Najib bahawa Program 100 Hari yang dimuatkan dalam Buku Jingga adalah populis dan akan memufliskan negara.

Dalam pelawaan Anwar, beliau turut mendedahkan bagaimana implikasi perbelanjaan kira-kira RM19 bilion untuk Program 100 Hari adalah kecil berbanding dengan subsidi korporat untuk penjana kuasa bebas (IPP), syarikat tol serta wang yang hilang melalui pembaziran, kebocoran dan rasuah yang berjumlah kira-kira RM51 bilion setiap tahun.

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah memutuskan tawaran Anwar kepada Najib masih terbuka dan Pakatan bersedia menimbang syarat-syarat yang ditetapkan oleh Najib untuk perbahasan tersebut.

Pada masa yang sama, KEADILAN menerima jemputan daripada Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin kepada Anwar untuk membahaskan Program 100 Hari.

Pelawaan asal Anwar selaku Ketua Umum KEADILAN dan Ketua Pembangkang adalah kepada Najib. Namun atas semangat mengadakan wacana umum bagi menilai tawaran Pakatan, KEADILAN menawarkan Pengarah Strategi KEADILAN Rafizi Ramli (gambar kiri) untuk berbahas dengan Khairy.

Rafizi selaku pemimpin muda adalah regu sesuai untuk Khairy. Beliau juga merupakan jurutera dan akauntan bertauliah dan pernah menjadi Pengurus Kanan di Petronas dan Pengurus Besar di Pharmaniaga.

KEADILAN berharap Khairy bersetuju dan perbahasan tokoh-tokoh muda ini menjadi pembuka tirai kepada perbahasan antara Najib dan Anwar. Diharapkan lebih banyak wacana politik berbentuk ilmiah dan intelektual dapat diadakan bagi memberikan peluang rakyat membuat penilaian sewajarnya. Sudah tentu amalan sebegini lebih baik berbanding amalan membakar buku yang menjadi-jadi akhir-akhir ini.

*Kenyataan media oleh Muhammad Nur Manuty (gambar kanan) selaku Ketua Penerangan PKR.

**Sebelum ini, Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Md Akin turut mencabar Khairy Jamaluddin untuk berdebat dengannya, sebelum Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Tantawai mengulangi cabaran yang sama. Baca: Shamsul cabar Khairy berdebat

Sharpshooter - Rafizi ternyata lebih hebat. Sian Shamsul Iskandar walaupun tawarkan diri berdebat dengan Khairy tapi akhirnya Keadilan pilih Rafizi. Never mind.. its ok..lawan tetap lawan.

Mengulas keputusan KEADILAN semalam yang mahu beliau berdepan dengan cabaran Khairy terhadap Anwar, Rafizi berkata beliau bersedia dengan tawaran berkenaan dan sedang menunggu keputusan Ahli Parlimen Rembau itu.

“Parti dah buat keputusan, saya terima tetapi terpulang kepada Khairy sendiri, jika dia ambil pendekatan dan kaji debat untuk kebaikan rakyat, dia akan terima. Sepatutnya dalam isu debat ini. Tidak perlu lah Najib atau Khairy berkata orang lain tidak setaraf dengan mereka,” ujarnya.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/