SharpShooter Followers

Thursday, January 13, 2011

Isu Roboh bengkel motosikal di Jelutong

Kenyataan Media Berkaitan Isu Perobohan Bengkel Motosikal di Jalan Jelutong.

Terima kasih kepada Rakan Media yang saya raikan, kerana sudi hadir dalam Sidang Media yang di adakan pada petang ini berhubung isu perobohan Bengkel Motosikal di Jalan Jelutong semalam.

Saya mengadakan sidang media ini bagi memberi maklum balas terhadap laporan akhbar The Sun terbitan Rabu 12 Januari 2011 yang menyiarkan secara jelas nama saya sebagai orang yang bertanggungjawab mempelawa tuan punya Bengkel Motosikal iaitu Mohd Yacoob bin Mohd Nor untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat dan dikait terus dengan tindakan perobohan tersebut.

Saya dengan ini menegaskan dengan jelas, bahawasanya saya atau pun rakan seperjuangan yang lain di dalam PKR Jelutong tidak pernah sama sekali menjemput atau pun dalam sebarang jua bentuk pelawaan samaada dalam bentuk lisan mahu pun bertulis untuk mengajak Mohd Yacoob bin Mohd Nor menyertai Parti Keadilan Rakyat Cabang Jelutong.

Saya tidak pasti apakah motif sebenar yang cuba dimainkan oleh beliau hingga mengaitkan saya dalam isu perobohan oleh pihak MPPP. Saya juga menegaskan akibat dari dakwaan dan fitnah ini telah menjejaskan reputasi saya dan juga Parti Keadilan Rakyat yang saya dokongi. Jika hendak menyerang saya secara peribadi saya boleh terima, tetapi jangan serang Parti Keadilan Rakyat kerana ianya melibatkan anggota dan rakyat marhaein yang lain.

Justeru saya memohon kepada beliau untuk memohon maaf secara terbuka dalam masa 7 hari jika dakwaan dan fitnah ini tidak dapat dibuktikan dan saya akan terima dengan hati yang terbuka. Sekiranya beliau tidak membuktikan dakwaan ini dan tidak mahu memohon maaf saya akan mengambil tindakan saman fitnah dan malu terhadap beliau.

Sekali lagi saya tegaskan ini adalah dakwaan liar dan fitnah yang cuba memburukkan saya dan Parti Keadilan Rakyat .

Sekian terima kasih.

‘HARAPAN BARU UNTUK JELUTONG’PULAU PINANG’dan MALAYSIA’

Salam Reformasi,

Khairil Anuar bin Kamarudin

Setiausaha Cabang

Timbalan Ketua AMK Jelutong

Exco AMKPP

Utusan Meloya melaporkan

Enggan sertai politik bengkel diroboh?


ANGGOTA penguat kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang meroboh sebuah bengkel membaiki motosikal yang didakwa tidak mendapat kelulusan MPPP di Jalan Jelutong, semalam.


PULAU PINANG 11 Jan. - Gara-gara menolak pelawaan menyertai parti pembangkang beberapa bulan lalu, seorang pemuda terpaksa menanggung kerugian apabila bengkel motosikal miliknya di Jalan Jelutong di sini dirobohkan kerana dipercayai melanggar peraturan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Itu dakwaan Mohd. Yaacob Mohd. Noor, 22, yang kerugian kira-kira RM150,000 akibat tindakan penguatkuasaan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

"Saya pernah didatangi oleh seorang pemimpin parti politik, yang meminta saya membawa pekerja-pekerja dan rakan lain bagi menyertai parti itu.

"Malah saya juga ditawarkan jawatan sekiranya berjaya berbuat demikian.

"Namun, saya menolak dengan baik kerana tidak berminat untuk menceburi bidang politik," katanya.

Beliau ditemui selepas operasi perobohan bengkelnya oleh kakitangan MPPP di sini hari ini.

Kerja-kerja perobohan tersebut bermula pukul 10.05 pagi dan selesai sejam kemudian.

Mohd. Yaacob mendakwa, dia dipelawa menyertai parti politik sebanyak tiga kali oleh pemimpin berkenaan.

"Kali terakhir, saya jumpa pemimpin itu adalah Disember lalu.

"Dia kata 'takpa' pada pertemuan akhir itu seolah-olah memberi amaran," katanya.

Difahamkan, Mohd. Yaacob tidak pernah menghantar pelan bangunan kepada MPPP selain mendirikan bengkel di atas tanah milik orang lain.

Bagaimanapun, dia mendakwa mendapat kebenaran bertulis daripada tuan tanah untuk mendirikan bengkel di situ.

Malah, Mohd. Yaacob mempersoalkan tindakan MPPP tersebut kerana dia mempunyai lesen berniaga yang sah.

Sebelum ini, jelasnya, dia ada menerima surat amaran daripada MPPP tetapi ia berkaitan sekatan dalam parit.

Bertindak daripada amaran itu, dia membersihkan parit tersebut dan kawasan berkenaan tidak pernah berlaku banjir dalam tempoh dua tahun bengkelnya beroperasi.

"Lagi pun kedai saya tidak menghalang lalu lintas seperti mana premis-premis makanan di bandar, tetapi tindakan tetap juga diambil.

"Saya akan membuat laporan polis dan ingin mengucapkan 'terima kasih' kepada kerajaan DAP Pulau Pinang atas apa yang berlaku hari ini," katanya kesal

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/