SharpShooter Followers

VIDEO CLIP PERTAMA JINGGA 13 YANG PALING POPULAR

Saturday, January 15, 2011

PAS jauh lebih baik

KEMAMAN 15 JAN : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap PAS adalah parti yang lebih baik daripada Umno dalam memperjuangkan nasib orang Melayu secara keseluruhan berbanding Umno yang hanya memperjuangkan kepimpinan serta segelintir golongan kroni mereka.

Anwar menyatakan Umno hanya mampu kembali kepada retorik ketuanan Melayu untuk menarik sokongan pengundi Melayu setelah melihat betapa pentadbiran berkesan Pakatan Rakyat di beberapa negeri.

PAS lebih konsisten dalam hal Melayu (berbanding Umno) kerana bila PAS membicarakan hal ini, melibatkan kepentingan masyarakat Melayu dan juga kepentingan Islam di negara ini.

Rakyat tidak harus terpedaya dengan dakyah baru (Umno ini)," kata Anwar dalam Pidato Khas selepas Pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat! PAS ganti UMNO di Kampung Geliga Kecil di sini hari ini.






Himpunan Kebangkitan Rakyat hari ini mengumpulkan hampir 10 ribu rakyat dari seluruh Terengganu dan negeri lain untuk memberi sokongan dalam proses memulakan gelombang rakyat bagi menumpaskan UMNO BN dalam pilihan raya akan datang.

Umno melalui media kawalannya kini sering bertindak menyebarkan cerita bahawa kedudukan orang Melayu bakal terjejas jika Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa.

Anwar mengingatkan rakyat Terengganu agar bersedia untuk melakukan perubahan setelah mendapat penerangan dan melihat sendiri kedudukan mereka di sisi Umno.

"Yang mahu kita tonjolkan ialah orang Melayu ramai yang miskin dan susah bukan hanya kayakan segelintir kroni. Tapi bila (UMNO) terdesak, mereka panggil semula Melayu ini.

"Negara kita baik dari segi politiknya, rumit. Persaingan kaum. UMNO tiada pilihan lain selain merujuk semula pada ketuanan Melayu." tegas Anwar.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/