Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai mahu membawa cadangan tersebut untuk pertimbangan Kabinet. Katanya, cadangan itu akan dikemukakan ekoran beberapa siri kematian membabitkan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) sejak pilihan raya umum ke-12 Mac 2008.
“Apa yang kita cuba cadangkan ini adalah bersifat pencegahan iaitu bagi mengenal pasti lebih awal tahap kesihatan masing-masing dan jika terhadap masalah, langkah perubatan boleh diambil sebelum keadaan makin parah,” kata beliau di Labis — salah satu kerusi Dewan Undangan Negeri di bahagian itu — Tenang menyaksikan pilihan raya kecil.
Penamaan calon hari ini. Dipetik Utusan Malaysia, Liow berkata, perkara tersebut perlu diberi pertimbangan kerana sehingga sekarang “sudah terlalu banyak kematian membabitkan rakyat rakyat.”
Pilihan raya kecil Tenang adalah pilihan raya kecil ke-14 sejak Mac 2008 dan satu lagi membabitkan kerusi Merlimau di Melaka juga akan menyaksikan pilihan raya kecil.
Tarikhnya dijangka akan diputuskan minggu depan. Kini terdapat 222 ahli Parlimen dan 576 Adun. Daripada 15 pilihan raya kecil sejak Mac 2008 termasuk Tenang sekarang dan Merlimau kemungkinan akhir bulan depan, 12 kekosongan adalah disebabkan kematian iaitu kerusi Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Batang Ai, Manek Urai, Permatang Pasir, Bagan Pinang, Hulu Selangor, Sibu, Galas, Batu Sapi, Tenang dan yang terbaru Merlimau.
Penyandang kerusi Batu Sapi meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Permatang Pauh, Bukit Selambau dan Penanti menyaksikan pilihan raya kecil disebabkan wakil rakyatnya, dari PKR, meletakkan jawatan.
Semalam, The Malaysian Insider melaporkan jumlah pilihan raya kecil sejak Mac 2008 hampir menyamai rekod pilihan raya kecil 1987-1990.
Negara pernah berhadapan dengan 17 pilihan raya kecil - jumlah tertinggi sejak awal 1980-an - yang diadakan sepanjang tempoh selepas pilihan raya umum 1995 dan sebelum pilihan raya umum 1999.
Sharpshooter - Bukan mudah menjadi wakil rakyat di ketika keadaan politik tidak stabil. Apatah lagi bila laporan risikan tentera, sb dan sebagainya melaporkan umno-b-end akan tumbang pada PRU13.Ada wakil rakyat yang terus meninggal dunia selepas kalah dalam PRU 12 seperti di Selangor. Tekanan memang hebat sebab itu majoriti wakil rakyat yang meninggal dunia kerana sakit jantong.
Mungkinkah pada PRU13, banyak calon-calon muda akan diketengahkan?
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/