Pengerusi Badan Perhubungan Kimma Pulau Pinang, Faruk Raja Mohamed berkata, tindakan Setiausaha DAP negeri itu jelas telah mengguris hati kaum India Muslim kerana ia secara tidak langsung mampu menggugat perpaduan antara kaum yang sedia terjalin sejak sekian lama.
Kata beliau, soal hak, kedudukan agama dan budaya sesuatu kaum di negara ini sememangnya telah termaktub dalam Perlembagaan dan ia perlu dihormati semua pihak dan tidak wajar dipertikaikan.
"Kami sangat kecewa dengan tindakannya itu. Sepatutnya sebagai seorang manusia dan wakil rakyat, dia kena berlembut dan jangan bangkitkan isu sensitif seperti itu. Ia sudah keterlaluan.
"Justeru, Kimma dan Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Prisma) serta pengusaha kedai sedang berbincang untuk mengambil tindakan tegas terhadapnya dan kerajaan DAP Pulau Pinang sebagai pengajaran kepada mereka," kata Faruk ketika dihubungi di sini hari ini.
Tengah malam Ahad lalu, restoran tersebut kecoh apabila kakitangan MPPP merampas kerusi, meja, televisyen serta peralatan lain yang terdapat di dalam premis tersebut.
Sebelum restoran berkenaan didatangi penguat kuasa, berlaku satu kemalangan melibatkan dua buah kereta berhampiran restoran itu pada kira-kira pukul 10.10 malam.
Sebuah kereta yang dipandu seorang wanita tua telah merempuh sebuah kereta lain yang dinaiki sepasang suami isteri dan kemudiannya mengheret kereta itu masuk sehingga ke kawasan kaki lima restoran berkenaan.
Walaupun tiada pelanggan yang cedera dalam kejadian itu tetapi televisyen milik restoran tersebut pecah akibat rempuhan berkenaan.
Selepas itu, Wei Aik datang bersama beberapa orang lain ke restoran berkenaan dan mengarahkan penguat kuasa MPPP datang menyita barang-barang di kedai itu.
Wei Aik juga didakwa telah mengeluarkan ungkapan "Tutup kedai, balik India" yang berunsurkan perkauman kepada pengusaha restoran berkenaan, Syed Kassali Mohamed Aliyar, 42.
Bagaimanapun, Faruk berkata, pihaknya memberi peluang Wei Aik dan kerajaan DAP Pulau Pinang meminta maaf terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan mengenainya dibuat.
"Kalau mereka enggan, kita tidak teragak-agak untuk mogok dan menyaman mereka. Segala bukti yang diperlukan seperti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pada hari kejadian semuanya ada dalam simpanan kami.
"Dengan bukti yang ada, dia (Wei Aik) tidak boleh lagi berbohong dan menafikan tindakan yang telah dilakukannya," kata Faruk.
Sementara itu, Syed Kassali berkata, sejak insiden kekecohan itu, perniagaannya semakin merosot apabila ramai pelanggan enggan datang ke situ lagi kerana takut.
"Mungkin mereka masih trauma dengan apa yang terjadi. Saya tidak sangka jadi kambing hitam dalam perkara ini. Saya tolong orang yang kemalangan, tapi ini balasan yang saya dapat.
"Saya tidak mahu isu ini dipolitikkan kerana yang paling penting, kami hanya mahu cari makan," katanya.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/