SharpShooter Followers

Friday, January 07, 2011

Mamak Penang mengamuk


Sekumpulan 70 orang, termasuk ahli Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), mengadakan protes di Komtar, Pulau Pinang berhubung dakwaan seorang pegawai kerajaan membuat kenyataan rasis. NONE

Mereka mahu setiausaha politik Ketua Menteri Pulau Pinang, Ng Wei Aik memohon maaf kerana didakwa membuat kenyataan rasis. Kumpulan itu menuduh Ng memberitahu seorang pemilik restoran supaya ' Balik India' Ahad lalu.

Pada mulanya, mereka dapat naik ke tingkat tiga bangunan Komtar, tempat terletaknya pejabat kerajaan, tetapi beberapa anggota mereka memujuk kumpulan itu supaya menunggu di luar bangunan.

Pembantu khas ketua menteri, Ng See Fook kemudiannya menemui kumpulan tersebut. Satu delegasi terdiri daripada lima orang kemudiannya dibenarkan naik ke pejabat Ketua Menteri Lim Guan Eng di tingkat 28 selepas mereka bertegas untuk menemuinya. NONE

Bagaimanapun, kerana Lim tidak ada, maka mereka menemui setiausaha sulitnya, Farida Hani Yaakob, yang menerima nota protes tersebut.

Surat itu yang ditandatangani oleh pengerusi Kimma, Farouk V Raju Mohammed, menuntut Ng menarik balik dan memohon maaf kerana didakwa membuat kenyataan rasis itu.

Farouk berkata, mereka juga mahu ketua menteri mengambil tindakan disiplin terhadap Ng dalam tempoh tujuh hari.

Sharpshooter - Dalam hal ini Adun KOMTAR, YB Ng Wei Aik wajar minta maaf. Ular menyusur akar takkan hilang bisanya.

Persoalannya sekarang mengapa beliau turut hadir dalam operasi di restoran tersebut. Beliau tidak sepatutnya hadir bersama penguatkuasa.

Sharpshooter difahamkan beliau memang ada menyindir "balik India" bahkan beliau turut membantu penguatkuasa mengambil tong gas naik ke atas lori. Semua peristiwa tersebut terakam dalam CCTV.

Tahun lalu masalah Bazar Ramadhan di tingkat tiga KOMTAR juga boleh diselesaikan sebelum meletup tetapi entahlah Adun KOMTAR mungkin kurang bijak bertindak. Mujurlah AMK P.Pinang turun 2 hari ke KOMTAR selesaikan masalah tersebut. Beritanya di sini


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/