SharpShooter Followers

Saturday, January 08, 2011

Khairy engan ulas nasibnya pada PRU 13

Khairy Jamaluddin enggan mengulas lanjut sama ada pertemuannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak turut membincangkan mengenai kedudukannya pada pilihan raya umum akan datang.

Sambil menyifatkan perkara itu merupakan sesuatu yang 'sulit', beliau enggan membuat sebarang pendedahan.

"Perkara itu antara saya dan Perdana Menteri," katanya ringkas ketikaditemui media di PWTC, di sini, Sabtu.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) turut menyatakan bahawa tiada sebarang isu mengenai pilihan raya umum dibangkitkan pada pertemuan berkenaan.

"Kita tak bincangkan mengenai pilihan raya umum, sebaliknya hanya menyentuh mengenai pembangunan di kawasan Parlimen masing-masing.

"Perbincangan kita fokus dan menjurus kepada keutamaan dari segi pembangunan yang perlu disegerakan," katanya.

Khairy berkata pertemuan seumpama ini merupakan satu inisiatif baik kerana Ahli Parlimen dapat mengemukakan maklum balas mengenai situasi terkini di peringkat akar umbi.

"Inisiatif ini cukup baik kerana kita sendiri dapat panjangkan kepada Perdana Menteri mengenai kedudukan semasa.

"Menariknya sebenarnya Perdana Menteri sendiri sudah ada gambaran mengenai keadaan di kawasan, jadi kita (Ahli Parlimen) tak boleh sampaikan maklumat yang tidak betul," katanya.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/