Chegu Bard bukanlah nama asing lagi dalam arena politik Malaysia. Tokoh anak muda ini semakin mendapat tempat dan perhatian dalam politik. Demo juga bukanlah asing lagi bagi Chegu Bard.
Polis juga sudah kenal sangat dengan Chegu Bard. Anak muda yang begitu lantang menghentam Najib dan Rosmah terutamanya isu Altantuya yang menjadi igauan mimpi ngeri Najib dan Rosmah. Asyik mimpi je Altantuya..
Sejarah Chegu Bard sebagai guru berakhir bila polis datang menahan dan menggarinya di depan anak murid di sekolah kerana reformasi tahun 1998.
Oleh kerana memiliki semangat juang yang kental beliau terus meletak jawatan sebagai guru dan terlibat dengan politik sepenuh masa.
Semalam Chegu Bard ceramah di Tanah Liat Dun Permatang Pasir. Ikuti kisahnya semalam di sini.
Selepas ceramah, beliau bermalam di rumah saya. Beliau bersama Yasir sempat bergambar dengan ayah kesayangan saya yang telah uzur selama 12 tahun kerana peristiwa ditimpa 'cool room' di Kg Binjai pada tahun 1997.
Ketika itu ayah saya adalah pembekal ais kiub. Kini ayah saya terpaksa memakai lampin dan ingatannya agak kurang. Semoga Allah menyembuhkannya.
Kami banyak berbincang dan merancang sesuatu untuk pastikan PAS kekal menang dengan mengekalkan majoriti atau lebih. Antaranya akan di adakan demo selepas Jumaat di Masjid Tanah Liat. Berita lanjut baca di sini.
Malam ini Chegu Bard akan berceramah di Larut, Perak. Esok ceramah di Pontian Johor dan lusa kembali ke P.Pinang untuk berkempen di Permatang Pasir.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Selamat M'sia, dari politik celaru. & hiburan celaru.
-
*1. Malaysia Baharu begitu celaru! 20 Januari 2019*
GUAR CHEMPEDAK - Tindakan beberapa tokoh penting dalam institusi kehakiman
dan guaman termasuk seor...
1 day ago