SharpShooter Followers

Friday, August 07, 2009

Himpunan Bubar DUN PERAK di Stadium Perak


HIMPUNAN BUBAR DUN PERAK ; STADIUM PERAK DIPILIH

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) berterima kasih kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri kerana Kerajaan Pusat bersedia untuk menyediakan tempat yang bersesuaian untuk berhimpun secara aman, seperti di stadium untuk mengelak daripada berhimpun di jalanan akan dikotakan.

DPPN Pk akan menganjurkan satu perhimpunan besar-besaran untuk mendesak supaya dibubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak seperti yang telah dibenarkan oleh Datuk Seri Najib baru-baru ini. Himpunan tersebut bakal akan diadakan di Stadium Perak, Ipoh dan tarikh bagi himpunan tersebut akan dimaklumkan kemudian.

DPPN Pk amat menunggu kenyataan seperti yang telah dinyatakan oleh Datuk Seri Najib dan dengan keputusan Kerajaan ini akan melebarluaskan sistem demokrasi dalam negara kita. DPPN Pk amat yakin juga bahawa semua pihak mesti akur tuntutan demokrasi yang ada didalam negera kita ini.

DPPN Pk berharap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan juga Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan memberikan kerjasama penuh nanti. DPPN Pk juga berharap kenyataan Datuk Seri Najib adalah benar dan tidak berselindung dengan motif politik kotor Umno / Barisan Nasional (BN).

DPPN Pk akan mengutus surat kepada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bagi memohon menggunakan Stadium Perak, Ipoh manakala akan juga mengutuskan surat kepada Ketua Polis Negeri Perak untuk memberikan kebenaran perhimpunan tersebut. DPPN Pk berharap semua pihak akan akur dengan kebenaran daripada Datuk Seri Najib.


SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/