SharpShooter Followers

Monday, August 17, 2009

Hanapiah Man kecewa dengan Ezam

Anda masih ingat tak lagi wajah ini. Inilah wajah kawan karib Zahid Mat Arif, namanya Hanapiah Man. Beliau adalah Pemuda Keadilan yang keluar parti bersama Roslan Kassim dan geng (G12).

Beliau turut hadir ke penamaan calon Permatang Pasir. Semasa penamaan calon Penanti pun dia hadir.

Beliau agak kecewa dengan Ezam yang keterlaluan menyerang Anwar. Beliau berkata " ye lah.. kalau nak cari makan sekali pun, janganlah sampai serang dan fitnah Anwar terlalu teruk. Kenanglah sama jasa Anwar, kalau tak kerana Anwar, siapa pun tak kenal Ezam"

Beliau juga mengakui Ezam kini amat cemburu dengan Lokman Nor Adam yang berjaya memenangi jawatan Exco Pemuda UMNO Malaysia. Ezam tiada jawatan apa pun dalam umno. Hanya jadi barua umno saja.

Roslan Kassim, Zahid Mat Arip, Lokman Nor Adam, Hanapiah Man, Hamdan Taha yang keluar parti PKR beramai-ramai tidak pernah pun kita dengar menyerang Anwar seperti Ezam.

Beliau berkata mereka (G12) semua memang kena tipu dengan Ezam dulu. Sebenarnya dialah ketua yang berjumpa Aziz Shamsudin orang kanan Dr Mahathir untuk melompat parti tetapi di saat akhir Ezam tipu kami.

Beliau juga berkata "Ezam kini sanggup buat apa saja untuk cari populariti". Politik Ezam telah berkubur sebenarnya sambung Hanapiah Man yang kini saya difahamkan adalah editor Agenda Daily.
Hanapiah Man jugalah orang berusaha anjurkan debat minyak antara Anwar dan Menteri buih mulut.
Kawan tetap kawan, LAWAN TETAP LAWAN.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/