SharpShooter Followers

Saturday, August 15, 2009

Kg Buah Pala - Pengerusi dipukul, penduduk berdamai dengan pemaju

Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Buah Pala M.Sugumaran malam tadi membuat laporan polis kerana dipukul oleh seorang penduduk kampung yang berang dengannya.

Penduduk dan Pemaju janji berdamai


Penduduk Kampong Buah Pala dan pihak pemaju berjanji akan mengambil langkah wajar memastikan tidak berlaku sebarang kekecohan apabila pemaju menjalankan kerja-kerja meroboh rumah di kampong itu 1 September ini.

Sehubungan itu semalam kedua-dua pihak menandatangani perjanjian. Dalam perjanjian berkenaan penduduk bersedia mengosongkan rumah bagi membolehkan pemaju menjalankan kerja-kerja meroboh.

Setiausaha Pertubuhan Penduduk Kampungnya, J. Stephen berkata, 6 keluarga telah menandatangani perjanjian berkenaan termasuk bersetuju menerima pampasan yang ditawarkan.

Katanya, bagaimanapun, pihaknya akan memfailkan rayuan di mahkamah 18 Ogos ini dan menunggu keputusan rayuan berkenaan.

“Kami terpaksa mengosongkan rumah sebelum 1 September 2009, keputusan berkenaan telah dicapai bersama pemaju yang akan memberi masa sehingga 31 Ogos 2009. Kini terpulang kepada keputusan mahkamah kerana kita akan memfailkan rayuan 18 Ogos ini dan menunggu keputusan mahkamah,” katanya.

Katanya, bagaimanapun 18 orang lagi penduduk tidak menandatangai perjanjian berkenaan tetapi menyatakan persetujuan berhubung penangguhan tersebut dan mengelakkan berlakunya kekecohan pada 1 September ini.

Terdahulu, pemaju Nusmetro Venture Sdn Bhd menawarkan rumah teres dua tingkat kepada penduduk sekiranya bersetuju mengosongkan kampong berkenaan.




* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/