SharpShooter Followers

Friday, August 14, 2009

DAP nak saman akhbar isu Islam

PULAU PINANG: DAP akan mengambil tindakan mahkamah terhadap syarikat media yang memfitnah pemimpin parti itu berhubung isu agama Islam sehingga mencetuskan kontroversi.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata tindakan itu perlu berikutan terdapat beberapa syarikat media terutama akhbar Utusan Malaysia yang cuba memfitnah pemimpin DAP membabitkan isu agama sehingga menimbulkan rasa kurang senang masyarakat di negara ini.

"Saya telah arahkan pemimpin-pemimpin DAP yang terlibat untuk mengambil tindakan segera dengan menyaman media yang telah menfitnah mereka.

"DAP ditomah dan mereka (media) kata kita telah hina Islam sedangkan pemimpin parti tidak pernah persendakan mana-mana agama termasuk agama Islam," katanya pada sidang akhbar di sini Jumaat.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata DAP menghormati semua agama di negara ini.

"Kita tidak mahu panjangkan isu ini nanti lagi banyak kenyataan yang menfitnah DAP, jadi kita jumpa saja di mahkamah," katanya.

Pada pandangan saya, tak perlu saman lagi, sepatutnya Lim Guan Eng arahkan Jeff Ooi untuk meminta maaf kepada semua umat Islam terlebih dahulu. Mengapa mahu salahkan media jika memang benar itu kenyataan Jeff Ooi. Beliau tidak pernah menafikan.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/