SharpShooter Followers

Monday, August 10, 2009

Kg Buah Pala terlalu besar kepala

BUTTERWORTH: Kerajaan Pulau Pinang tidak mahu lagi membuang masa melayani kerenah segelintir penduduk Kampung Buah Pala yang didakwanya mempunyai agenda peribadi berhubung isu kampung itu.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, pihak berkenaan sering mengubah pendirian dan kenyataan berhubung keputusan yang dicapai melalui rundingan selama ini dan tindakan sedemikian menyukarkan kerajaan negeri untuk membantu mereka.

"Pada suatu ketika mereka memohon maaf kepada kerajaan negeri kerana membuat pelbagai dakwaan terhadap kami tetapi apabila berada di luar, mereka menukar kenyataan pula," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata, suasana di kampung itu dikeruhkan lagi oleh beberapa penduduk yang mempunyai agenda peribadi serta mahu menguji kemampuan kerajaan negeri dalam menangani isu itu. "Kerajaan negeri berpendapat ada satu atau dua orang penduduk di situ yang mempunyai agenda peribadi untuk menguji kerajaan pakatan pembangkang.

Katanya, kerajaan negeri akan hanya memberikan perhatian kepada penduduk yang tidak mempunyai agenda tertentu serta yang benar-benar mahu menerima tawaran rumah teres dua tingkat serta geran tanah selama 99 tahun itu.

"Kerajaan negeri harus menjaga kebajikan keseluruhan 1.5 juta rakyat Pulau Pinang dan bukan hanya 23 keluarga di kampung itu sahaja," katanya.

Isu Kampung Buah Pala timbul selepas Mahkamah Persekutuan memerintahkan penduduk mengosongkan tanah masing-masing untuk memberi laluan kepada Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang dan pemaju Nusmetro Venture (P) Sdn Bhd membangunkan tanah itu.

Bagaimanapun, 23 keluarga di situ enggan berpindah kerana mendakwa beberapa pemimpin pakatan pembangkang pernah berjanji dalam kempen mereka mahu membantu penduduk jika gabungan itu memenangi pilihan raya umum 2008.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/