SharpShooter Followers

Sunday, August 23, 2009

N11 : Sidang media, demo dan hantar surat debat kepada Khairy Jamaludin

Pagi Jumaat saya ke markaz besar PAS Permatang Pasir untuk sidang media oleh YB Dr Mujahid, YB Mahfuz Omar, A.Samad Said dan Zul Lazim.

YB Mahfuz memulakan sidang media dengan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan sebuah laman web yang kononnya calon N11 Ustaz Salleh Man menggelapkan wang PAS P.Pinang berjumlah RM600 ribu.
Beliau berkata agak melucukan kerana beliau tahu PAS P.Pinang tidak mempunyai wang sebesar itu.

Ini usaha terdesak umno yang tidak mampu menjawab isu pecah amanah RM161 ribu oleh calon b-end. Wang Koperasi Pekebun Kecil pun boleh dikebas, apa jaminan terhadap wang rakyat.

Beliau menyelar Zahid Hamidi yang mengatakan Rohaizat calon terbaik b-end. Jika inilah calon terbaik b-end yang pecah amanah RM161 ribu, bermakna calon yang lain termasuk wakil rakyat b-end, lagi teruk.

YB Mujahid Yusoff Rawa pula menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya beliau dan sahabat karibnya Zulkifli Lazim (mantan Lujnah Penerangan PAS P.Pinang) yang mendedahkan rahsia 'pecah amanah' Ustaz Salleh Man. Ini tidak benar sama sekali.

Beliau dan sahabatnya tidak pernah mendedah dan dakwaan kononnya Ustaz Salleh Man menggelapkan wang PAS P.Pinang RM600 ribu juga tidak masuk akal. Beliau berkata jadilah anak jantan jika dakwaan itu benar. Mengapa lempar batu sembunyi tangan.

Sementara itu A.Samad Said pula berkata, kerajaan terus menghina Bahasa Melayu. Beliau menyifatkan keputusan kerajaan menangguhkan pemansuhan dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) di semua peringkat sehingga tahun 2017 sebagai "penghinaan berterusan" terhadap bahasa kebangsaan.

"Ia menunjukkan ketidaksungguhan kerajaan (memartabatkan bahasa Melayu), yang mahu menenangkan (kemarahan ramai) di ketika-ketika tertentu.

"Dalam kempen, saya akan ingatkan, kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2003 (untuk laksana PPSMI), kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2009 dan akan terus melanggarnya sehingga 2017.

"Kerajaan sepatutnya meluhuri undang-undang. (Teruskan PPSMI) ini dia (BN) langgar sendiri. Parti seperti ini (Umno-BN) tidak harus dihormati langsung," kata Pak Samad lagi.

Saya terus bergegas ke Masjid Jamek Tanah Liat untuk solat Jumaat. Selepas solat Jumaat demo bantah Zahid jumpa menteri Israel diadakan.

Masjid ini memang masjid umno karat. Ajk masjid terus menempik dan memanggil polis untuk menyuraikan demo. Polis pun terhegeh-hegeh datang menyerbu saya dan merampas pembesar suara dari saya.


Selepas demo kami berkumpul di Markaz PKR Sungai Semambu. Kemudian Chegu Bard, Nora Reformis dan 2 orang sahabatnya baru sampai dari Kuala Lumpur. YB Ustaz Firdaus dan pemuda-pemuda PAS sampai. Yusni Mat Piah Ketua Pemuda PAS P.Pinang turut hadir.

Kami akhirnya bergerak ke Bangunan UMNO Permatang Pauh untuk menyerahkan surat jemputan 'Debat Terbuka Siapa Penghianat Negara' kepada Khairy Jamaludin.



Adakah Khairy Jamaludin berani berdebat secara terbuka tentang siapa sebenarnya penghianat negara? Sehingga hari ini, saya dimaklumkan tiada maklum balas dari Khairy Jamaludin. Mungkin beliau sibuk berlakon sebagai pemandu teksi agaknya...he..he..

Selepas itu Chegu Bard dan rakan-rakan dari Kuala Lumpur terus ke rumah saya. Pada sebelah malamnya Chegu Bard ceramah di Sama Gagah dan Permatang Ara. Sebab itu tak sempat nak update blog.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *


Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/