SharpShooter Followers

Friday, August 28, 2009

MCA lebih berani dari UMNO

Kemelut yang melanda MCA kali ini nampaknya amat parah. Isu pemecatan Dato' Chua Soi Lek menjadi panas. Ia menjadi lebih panas apabila banyak Bahagian MCA terutama di Johor dan hari ini MCA di Kedah juga bangun menyatakan bantahan secara terbuka.

Mereka bukan sahaja mahukan pemecatan tersebut ditarik balik, tetapi juga kuasa Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat sebagai presiden dilucutkan sementara. Mereka juga menuntut Mesyuarat Agong Khas diadakan segera.

Najib pula meminta agar kemelut dalaman MCA ini diselesaikan segera. Katanya "Penyelesaian pada krisis MCA ini adalah penting untuk BN dan lebih cepat diselesaikan lebih baik." "Kepentingan BN perlu diambil kira, maknanya kita perlu kepada MCA yang kuat dan yang boleh mewakili aspirasi masyarakat Cina dan Malaysia."

Presiden MCA Datuk Seri Ong juga sedang berdepan dengan skandal PKFZ berjumlah RM10 juta yang akhirnya beliau membuat keputusan untuk mengheret kes itu ke mahkamah.

Secara jujurnya saya akui setiap parti politik mempunyai masalah baik BN mahupun Pakatan Rakyat. UMNO sedang berdepan dengan krisis Adun di Terengganu yang masih belum selesai. Begitu juga dengan MIC, PPP dan Gerakan dalam Barisan Nasional. Tak perlu rasanya saya ulas panjang dalam MIC, PPP dan gerakan.

Dalam Pakatan Rakyat pula PAS, PKR dan DAP juga tidak boleh lari dari masalah dalaman parti. Cuma bezanya samada masalah dalaman ini dapat dibendung dan diselesaikan atau ianya tidak dapat dikawal hingga terpaksa membuka pekung di dada kepada media arus perdana.

Apa yang lebih parah seperti berlaku dalam PKR hingga 2 adun keluar parti di Perak hingga tumbangnya Perak, di Kedah Adun Lunas keluar parti, Adun Bukit Selambau meletak jawatan (asalnya Bebas) dan di P.Pinang Adun Penanti meletak jawatan. Perkara ini menjejaskan imej PKR. Hingga ada rakyat berkata calon PKR tangkap muat saja sebab itu masalah demi masalah timbul dari wakil rakyat PKR.

Masalah dalaman PAS pula bergolak dalam isu 'Kerajaan Perpaduan' . Kemuncaknya Tuan Guru Nik Aziz mendesak Ustaz Nasa meletak jawatan. Krisis ini berlarutan selepas muktamar hingga menyebabkan PAS hampir kalah di prk Manek Urai.

Pimpinan DAP pula lebih gemar menggunakan media arus perdana untuk menghentam PAS dan PKR. Tetapi Alhamdulillah semuanya dapat diredakan walaupun sebenarnya bukanlah semua isu selesai secara total. Mudah-mudahan segala permasalahan dalam Pakatan Rakyat, menjadi iktibar dan kita wajib bermuhasabah.

MCA lebih berani dari UMNO untuk mengambil tindakan terhadap pemimpinnya. Tetapi UMNO hingga sekarang tidak berani memecat Khairy dan Ali Rustam walaupun UMNO sendiri yang mendakwa dan mendapati mereka terlibat dengan RASUAH. Kalau dulu Rafidah dan Rahim Tamby Chik. Ramai lagi kalau nak sebut.

Terbaru calon Permatang Pasir di mana Rohaizat terlibat dengan skandal menggelapkan wang Koperasi Pekebun Kecil berjumlah RM161 ribu. Itupun bermati matian pemimpin umno mempertahankannya umpama menegak benang yang basah.

Kesimpulannya rakyat hari ini mahukan pemimpin yang bersih. Rakyat mahu melihat parti politik berani mengambil tindakan terhadap pemimpinnya yang bermasalah. Tidak kira parti manapun samada dalam BN atau Pakatan Rakyat, tindakan berani mestilah diambil jika terbukti pemimpinnya bermasalah.

Inilah sebenarnya harapan rakyat. Inilah sebenarnya rakyat mahukan. Inilah sebenarnya dambaan rakyat yang bukan sahaja mahu melihat parti dan pemimpin itu bersih, tetapi rakyat mahu melihat ianya benar-benar bersih.

Rakyat juga bukan sahaja mahu melihat keadilan, tetapi rakyat mahu melihat keadilan itu terlaksana.

Semoga di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, Pakatan Rakyat dapat mengambil iktibar dan bermuhasabah. Ubah sebelum parah, ubah demi maruah. Jangan sampai rakyat tolak rebah baru nak berubah.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/