SharpShooter Followers

Thursday, August 13, 2009

Ezam tinggalkan Najib masuk kem Muhyidin?

Ezam memang pandai melompat mungkin anak didik Ibrahim Ali. Dari umno ke PKR, dari PKR ke umno semula, kini dari kem Najib ke kem Muhyidin pula.

Mungkin rakyat tidak perasan kenapa tiba-tiba Muhyidin pernah umumkan Najib akan ke Perancis pada 6 Oktober 2009. Mengapa Muhyidin umum awal perkara ini.

Sebenarnya Muhyidin mungkin arahkan balaci umno Ezam supaya mengatur strategi apabila Najib sampai ke Perancis. Kemungkinan besar Najib akan disambut dengan demo Altantuya di Perancis.

Ezam sudah menghidu, Najib walaupun menjadi PM tetapi menjadi bebanan bagi umno bila imej Altantuya terpalit dan terpahat di muka Najib dan Rosmah.

Sebab itu Ezam orang pertama sanggup jadi saksi Muhyidin kemudian disambut oleh Mahathir pula yang mahu ramai berani tampil seperti Ezam untuk jadi saksi kes saman 'Anwar Penghianat Melayu'.

Anwar pernah menyebut kepada saya sendiri bahawa Ezam adalah dalang disebalik kes liwat Sialful pada tahun lalu di Hotel Quality, Shah Alam. Ezam kini sanggup buat apa saja sebab dia telah menjadi balaci hamba abdi umno.

Sumber dalaman kakitangan Menteri Dalam Negeri dan juga Jabatan Perdana Menteri dan umno, tidak menolak dan dapat mengelak lagi bahawa pertembungan Najib dan Muhyidin bukanlah rahsia lagi.

Terjemahan akhbar Perancis yang sehingga hari ini Najib tidak berani menyaman akhbar tersebut. Mengapa najib tidak berani saman akhbar tersebut?

“Kes Altantuya Shaaribu: Bagaimana dan kenapa beliau dibunuh?” The Altantuya Shaaribuu’s Case: How and why she was killed?

By Arnaud Dubus (in Kuala Lumpur, Ulaan Baataar and Paris),
Liberation French Newspaper, 5 Mar 2009

Shaaribuu Setev marah dan kecewa. Di sebalik wajahnya yang muram itu tersirat suatu keazaman yang kuat. Orang tua berumur 60 tahun ini bertekad untuk lawan. Tertulis segalanya di air muka dan tumpuan pandangan beliau. “Anak perempuan saya dibunuh oleh orang Malaysia di bumi Malaysia. Dan mereka tidak pun mengeluarkan sepatah perkataan memohon maaf,” kata professor di bidang saikologi di University of Mongolia itu.

Pembunuhan anak perempuan beliau, Altantuya Shaaribuu, berlaku pada Oktober 2006. Ini sesuatunya pembunuhan yang lain dari yang lain di rantau di mana pertikaian perniagaan atau perselisehan politik kadangkalanya diselesaikan dengan senapang. Segalanya sekitar kes ini, yang bermula pada 2002 apabila syarikat Peranchis, Armaris, menjual tiga (3) kapal selam kepada kerajaan Malaysia atas harga satu billion Euro, adalah luar dari yang biasa.


Impak “Kes Altantuya” di Peranchis, Malaysia dan Mongolia masih belum memuncak ke tahap sepenuhnya. Pembunuhan wanita Mongolia berumur 28 tahun itu adalah akibat dari bayaran komisyen atau “commission” sebanyak Euro 114 juta – lebih kurang RM 570 juta – yang dibayar oleh Armaris kepada pihak tertentu Malaysia.

Pembayaran “commission” ini yang diakui oleh kerajaan Malaysia dalam parlimen di Kuala Lumpur, telah mencetuskan berbagai perkembangan yang berakhir dengan pembunuhan Altantuya dan lesapnya beberapa orang saksi utama kes pembunuhan tersebut.

Laporan polis Malaysia yang disediakan pada 19 November 2006 dan yang telah dirahsiakan sehingga sekarang ini, mendedahkan dengan terperinci bagaimana wanita muda –Altantuya – dari keturunan golongan atasan Asia itu, telah dibunuh.




Dalam laporan polis tersebut tercatit keterangan salah seorang yang melakukan pembunuhan itu, iaitu seorang anggota polis Cawangan Khas Malaysia bernama Sirul Omar yang diberi kepada seorang pegawai polis di sebuah balai polis berhampiran dengan tempat kejadian. “Bila wanita Cina melihat pistol saya, beliau telah merayu agar beliau jangan dibunuh sebab beliau mengandung.



Azilah (pegawai atasan Sirul) telah memegang dan melempar wanita itu ke bumi. Saya terus menembak sebelah kiri mukanya. Azilah menanggalkan pakaian wanita tersebut dan memasukkannya ke dalam karung plastic hitam. Melihat tangan wanita itu masih bergerak-gerak, Azilah mengarahkan saya tembak lagi, dan saya lakukan.”



Ini merupakan pengesahan bertulis yang pertama mengenai pembunuh-pembunuh Altantuya. “Lepas itu kami usung mayat wanita itu ke dalam belukar. Azilah mengikat bahan letupan dikaki, perut dan kepala, dan kami letupkan wanita itu”.

Pendedahan laporan polis ini dalam surat khabar Perancis, Liberation, merupakan bab terkini dalam drama yang sungguh menarik ini yang melibatkan penjual senjata Peranchis, dukun Mongolia, dan ahli-ahli politik Malaysia.



Kes ini boleh meletup bukan saja kepada kerajaan Malaysia, sebab Timbalan Perdana Menteri Najib Razak (yang dijadualkan akan menjadi Perdana Menteri akhir bulan March ini) disyakki terlibat dalam kes pembunuhan ini, tetapi juga ianya akan memalukan DCNS, syarikat Peranchis yang membina kapal-kapal tentera.

Syarikat usahasama Perancis Sepanyol, Armaris, yang menjual dua kapal selam jenis Scorpene dan satu jenis Agosta kepada Malaysia pada bulan Jun 2002, telah dimilikki oleh DCNS pada tahun 2007.


Dengan kecantikan yang mempersona dan bersophistikasi itu, Altantuya mengingatkan kembali kepada Mata Hari Timur Jauh (ejen wanita dizaman Perang Dunia Kedua). Beliau dibesarkan di Saint Petersburg (Russia), dan menuntut di Institut Pengurusan Ekonomi di Beijing. Selain dari Bahasa Inggeris,beliau fasih dalam bahasa Russia, Cina dan Korea.



Altantuya ditakdirkan bertemu Abdul Razak Baginda di Hong Kong pada tahun 2004. Baginda adalah pakar kajian bidang keselamatan dan Pengarah Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia, iaitu pusat kajian yang pro-kerajaan Malaysia.

Kasih sayang telah cepat terjalin antara keduanya. Altantu yang dipanggil ‘Tuya’ oleh kawan-kawannya menjadi penolong yang berguna kepada Razak Baginda, terutamanya membantu Baginda menterjemahkan bahasa Russia kepada Inggeris.



Altantuya muda dan cantik rupawan, sementara Baginda kacak, kaya dan merupakan tokoh terkenal di kalangan golongan elit Kuala Lumpur, lebih-lebih lagi kerana beliau amat karib dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan, Najib Razak (Baginda juga adalah penasihat kepada Najib di bidang hal ehwal keselamatan). Baginda berlegar-legar dalam kumpulan elit eksklusif di Kuala Lumpur dengan kadangkalanya didampingi oleh isterinya yang sah.


Pada bulan Mac 2005, Altantuya dan Baginda membuat lawatan bersama ke Eropah dan melancung ke Peranchis, Jerman, Itali dan Portugal dengan menaikki kereta Ferrari merah kepunyaan Baginda; menginap di hotel-hotel termahal dan makan malam di restoran-restoran terkemuka.



Lawatan tersebut bukan hanya bertujuan pelancungan; kontrek pembelian kapal selam sudah ditandatangani pada 2002, tetapi beberapa perkara penting masih perlu diselesaikan. “Kami tahu bahawa Baginda diperalatkan oleh Timbalan Perdana Menteri Najib Razak sebagai orang tengah untuk merundingkan perolehan kelengkapan senjata, terutamanya senjata yang berat-berat,” tegas seorang pakar bidang keselamatan serantau.


Pada hujung bulan Mac 2005, pasangan tersebut (Altantuya dan Baginda) berada di Paris di mana mereka telah bertemu Najib Razak. Suatu foto menunjukkan tiga sekawan itu di sebuah kelab eksklusif di Paris. “Tuya tunjuk kepada saya foto tersebut.



Beliau terangkan salah seorang dari lelaki dalam foto itu adalah teman lelaki beliau, Abdul Razak Baginda, dan lelaki seorang lagi adalah ‘big boss’, Najib Razak. Saya tanyakan samada mereka adik beradik kerana persamaan pada nama mereka, tapi dia jelaskan bukan, dan Najib adalah ‘perdana menteri’, kata Amy , sahabat baik Altantuya.

Menurut seorang detektif peribadi, yang sekarang bersembunyi di India, Tuya yang cantik itu kadangkala menjadi perempuan simpanan Timbalan Perdana Menteri setelah dikenalkan kepada Najib oleh Baginda pada hujung 2004.


Kisah ini menjadi dramatik apabila pada Oktober 2006, Altantuya mendapat tahu bayaran wang komisi (commission) oleh syarikat Peranchis-Sepanyol, Armaris, sudah diterima di sebuah akaun bank di Kuala Lumpur. Ianya dibayar kepada Perimekar, sebuah syarikat milik Baginda.



Altantuya bergesa ke Kuala Lumpur untuk menuntut bahagian beliau dari Baginda; beliau mendakwa beliau berhak menerima Dollar Amerika 500,000.00 dari wang commission tersebut. Baginda dan Altantuya telah berpisah sebelum itu sebagai pasangan kekasih.



Rosmah Mansor, seorang peniaga wanita yang amat ditakuti dan adalah isteri kepada Najib Razak, kerana rasa cemburunya terhadap Altantuya telah membantah sebarang bayaran kepada Altantuya.

Altantuya tiba di Kuala Lumpur dengan diirringi dua wanita rakyat Mongolia, seorang darinya adalah dukun untuk pukau Baginda jika Baginda enggan membayar. Untuk beberapa hari Altantuya menganggu-gugat bekas kekasihnya.


Pada 18 Oktober, Baginda sudah tidak tahan lagi dengan telatah Altantuya yang setiap hari mengacau di depan rumahnya. Baginda menghubungi Musa Safrie, pegawai Najib Razak. Pada 19 Oktober 2006, sejurus sebelum jam 9 malam, dua pegawai polis Cawangan Khas, Azilah Hadri dan dan Sirul Omar, telah dihantar ke hadapan rumah Baginda di mana Altantuya sedang menjerit-jerit.

Mereka mendapat arahan untuk ‘hapuskan wanita Cina itu’. Mereka telah menculik Altantuya, bawa Altantuya sejauh sepuluh kilometer dan menembak Altantuya beberapa kali. Seterusnya mereka memusnahkan jenazah Altantuya dengan bahan letupan C 4, jenis bahan letupan yang hanya boleh didapati dari Kementerian Pertahanan.

Kemasukkan Altantuya ke Malaysia telah dipadamkan dalam rekod immigeresen. Maka kelihatanlah seolah-olah Altantuya tidak pernah melawat Malaysia, malah tidak ada kesan langsung yang tinggal mengenainya.


Tidak ada jenayah yang tak akan terdedah. Pemandu teksi yang membawa Altantuya tidak mengambil ringan melihat Altantuya yang belum membayar sewa teksi secara seharian itu diculik di depan matanya. Pemandu teksi itu telah mencatit nombor pendaftaran kereta penculik, dan membuat laporan polis di balai terdekat. Beberapa hari kemudiannya, polis mengenal pasti kereta yang digunakan oleh penculik itu adalah kereta kerajaan.


Pendedahan telah berlaku berterusan yang mana Najib Razak sebagai Timbalan Perdana Menteri pun tidak berdaya hendak menyekatnya. Najib cuba menutup kes tersebut. Beberapa jam sebelum Baginda ditahan, Najib menghantar SMS kepada Baginda: “Saya akan menemui Ketua Polis Negara jam 11.00 pagi ini..masalah akan selesai. Buat bertenang”. Beberapa jam kemudiannya, Baginda ditangkap bersama-sama dua pegawai polis dari Cawangan Khas, Azilah dan Sirul.


Dalam perbicaraan mahkamah yang dianggap mencurigai oleh ramai pemerhati, Baginda telah dibebaskan dari tuduhan mengarah pembunuhan Altantuya dan dilepaskan dalam bulan November 2008.

Azilah dan Sirul yang kini dituduh menjalankan pembunuhan tersebut telah dihadapkan di mahkamah. Jika tersabit kesalahan, hukumnya adalah hokum mati. Keputusan mahkamah ditetpakan pada 9 April 2009.


Beberapa ribu batu dari Kuala Lumpur, iaitu di Ulaan Batur, ibu negeri Mongolia, Shaaribuu Setev, bapa Altantuya cuba menahan kemarahan beliau. Kepada beliau dan keluarga, pembebasan Baginda merupakan simbol ketidak-adilan proses kehakiman Malaysia. “Kerajaan Malaysia tidak pun menjawab beberapa surat dari Kementerian Luar Mongolia,”kata beliau.


Bila Shaaribuu pergi ke Parlimen Malaysia untuk menemui Najib, Timbalan Menteri itu telah cabut lari melalui pintu belakang. Kes Altantuya telah menjadi bahan penting dalam percatuan politik Malaysia antara Najib Razak (yang dijangka akan menjadi Perdana Menteri selepas Perhimpunan UMNO pada bulan Mac ini) dan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. Setakat ini, Najib Berjaya menepis, tetapi pembunhan Altantuya kekal bagaikan pedang yang terhunus dileher Najib.

Suatu aspek yang masih amat tersembunyi dalam kes Altantuya ini adalah peranan syarikat Armaris. Pada Oktober 2007, Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia, Zainal Abidin Zin, mengaku dalam Parlimen bahawa Armaris telah menyuap Euro 114 juta kepada syarikat Perimekar. Beliau menegaskan ianya bukan rasuah, tetapi kononnya bayaran untuk “perkhidmatan sokongan dan koordinasi”.



Adakah telah berlaku rasuah sepertimana yang telah berlaku dalam kes perolehan kapal perang oleh Taiwan juga dari syarikat Peranchis DCNS? DCNS, sebuah syarikat swasta yang dibiayai dari wang kerajaan, menolak sebarang temubual. “Tiada siapa pun boleh membuat komen tentang kes ini,” jawab pegawai perhubungan syarikat tersebut di Paris.

Suatu dokumen yang boleh mengaitkan Altantuya dengan syarikat Peranchis tersebut adalah surat jaminan dari Abdul Razak Baginda untuk membolehkan kekasihnya memperolehi visa untuk memasuki zon Schengen (dalam mana Peranchis adalah negara ahli).

Kedutaan Peranchis tidak boleh menolak permohonan dari seorang yang telah dikurniakan gelaran Legion d’Honneur. Tetapi peranan Altantuya dalam perundingan perolehan kapal selam itu masih belum terbongkar dengan tepat.

Agensi-agensi perisekan mendapati latarbelakang Altantuya menakjubkan, dan FSB Russia (dulunya KGB) sedang mengikuti kes Altantuya dengan rapi.


Di Ulaan Baatar, Mungunshagai, anak lelaki sulong Altantuya yang berumur 12 tahun, begitu dihantui oleh kematian emaknya. Altanshagai, anak yang bongsu berumur 5 tahun dan cacat otaknya, masih belum memahami yang beliau tidak akan lagi menemui emaknya. “Dia menanyakan emaknya setiap waktu dan akan duduk bersujud dikerusinya sepanjang hari.

Setiap petang saya memberinya gula-gula dan memberitahunya emaknya yang telah memberikan kepada saya untuk memberikan kepadanya,” kata Shaaribuu Setev, datuk kepada kedua anak lelaki tersebut.

Berhubung dengan Baginda pula, beliau kini tinggal senang lenang di United Kingdom bersama keluarga beliau. Baginda tidak pernah menyuarakan sepatah perkataan kesal terhadap pembunuhan ke atas wanita yang telah berkongsi hidup dengan beliau selama dua tahun itu.

Mungkinkah Najib akan menerima nasib yang sama seperti Pak Lah. Hanya sepenggal sebagai Perdana Menteri Malaysia?

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/