SharpShooter Followers

Wednesday, August 12, 2009

Polis akan panggil Jeff Ooi dan Loke kerana menghina Islam

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan beritahu Rabu Ketua Pemuda DAP, Loke Siew Fook dan Ahli Parlimen Jelutong dari DAP, Jeff Ooi akan dipanggil untuk beri keterangan mengenai dakwaan mereka menghina Islam dan institusi raja.

Loke didakwa menulis dalam sebuah laman blog manakala Jeff pula membuat kenyataan seumpama itu semasa kontroversi berhubung pertubuhan Jmaah Islah Malaysia melibatkan seorang ahli PKR.

Loke yang juga Ahli Parlimen Rasah,Negeri Sembilan telah menafikan beliau menulis dalam blog berkenaan manakala Jeff telah menarik balik kenyataannya.Menurut Musa kedua mereka akan disiasat dibawah Akta Hasutan 1948 atau Seksyen 298 Kanun Acara Jenayah.

Semalam kebetulan saya berada di negeri Sembilan, saya sempat bertemu dengan beberapa sahabat amk dan pemuda PAS Negeri Sembilan. Memang mereka telah bercadang untuk berhimpun dengan membawa lilin di hadapan pejabat Loke.

Loke gelabah dan terus menghubungi beberapa pimpinan PAS dan PKR Negeri Sembilan. Beliau memberi penerangan tentang salah faham yg timbul. Beliau memohon maaf di atas kekeliruan yang timbul.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/