SharpShooter Followers

Thursday, August 06, 2009

PAS desak Jeff Ooi tarik balik dan minta maaf

Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang mengambil pendirian bahawa saudara Jeff Ooi perlu menarik balik dan meminta maaf terhadap kenyataan yang telah dikeluarkan oleh beliau yang menuduh dan menggelarkan Mohd Razali bin Abdullah , Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang sebagai “Muslim Extremist” kerana menjadi ahli Jamaah Islam Malaysia [ JIM ] yang mempunyai misi ” to develop Malaysia into a country which fully adopted Syariah law by 2020 “

Pendirian tersebut telah disampaikan kepada YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, saudara Lim Guan Eng pada perjumpaan Majlis Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang telah diadakan pada 3 Ogos 2009. Perjumpaan dihadiri oleh kesemua wakil pasti komponen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang. PAS telah diwakili oleh YB Dr Mujahid Yusof (Timbalan PJ 2), Ustaz Roshidi (Timbalan PJ 3), saudara Fadzil Kemi (Setiausaha Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang) dan Ustaz Yusni Md Piah (Ketua DPPN Pulau Pinang).

Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang meminta saudara Jeff memberikan penjelasan mengenai kenyataan yang telah dikeluarkan beliau itu. Kenyataan tersebut tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seseorang yang mempunyai autoriti seperti beliau yang juga merupakan Ketua Staf YAB Ketua Menteri Pulau Pinang.

Pihak DPPN Pulau Pinang juga menyeru saudara Jeff memohon maaf terhadap Mohd Razali dan semua umat Islam secara terbuka di atas keterlanjuran kata dan sikap yang ditunjukkan.

Dewan Pemuda PAS P Pinang

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/