Spesis: Burung Gagak
Nama saintifik: Corvus corax (Common raven)
Zaman Nabi Adam a.s.
Sejarah: Setelah terjadinya pembunuhan pertama manusia (Habil dibunuh oleh Qabil, Allah telah mengutuskan burung gagak untuk mengajar Qabil cara untuk menanam mayat Habil).
Menurut sesetengah ulamak, Nabi Adam dikurniakan Allah dengan anak ramai. Dikatakan mereka mempunyai 120 orang putera puteri. Setiap kali Siti Hawa melahirkan anak pasti akan dikurniakan anak kembar iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan.
Menurut peraturan dan syariat Nabi Adam seperti yang dikehendaki Allah, putera puterinya akan dijodohkan antara satu sama lain.
Kembar pertama yang dilahirkan oleh Siti Hawa ialah Qabil dan Iklima. Kembar keduanya ialah Habil dan Damina. Adik Qabil iaitu Iklima mempunyai rupa paras yang cantik jelita. Namun, Damina tidak mempunyai rupa paras yang cantik seperti kakaknya.
Setelah putera puteri baginda meningkat dewasa, Nabi Adam mendapat satu wahyu yang sangat penting dari Allah. Menurut wahyu tersebut Allah memerintahkan Nabi Adam menjodohkan putera puterinya secara berselang seli.
Ini bermakna Qabil mestilah berkahwin dengan Damina dan Habil pula berkahwin dengan Iklima. Setelah menerima wahyu itu Nabi Adam segera memberitahu putera puterinya.
Namun puteranya Qabil tidak bersetuju dan terus membantah seraya berkata “Ayah ! aku tidak bersetuju dengan keputusan ayah. Akulah yang berhak berkahwin dengan Iklima kerana dia lahir bersama-sama denganku ” . Qabil membantah kerana cemburu terhadap adiknya, Habil.
Setelah abangnya diam, Habil pula berkata “ Ayah ! Aku serahkan perkara ini kepada Allah jika demikian perintah Allah” . Kata-kata Habil ini membuatkan abangnya itu bertambah marah.
Nabi Adam diam mendengarkan kata anaknya itu. Tapi Qabil terus membantah sambil berkata “Tidak ayah..aku tetap tidak bersetuju…kalau ayah meneruskan juga beerti ayah mengasihi Habil dan membenciku”.
Nabi Adam merasa serba salah dalam menghadapi masalah menjodohkan anaknya. Setelah berfikir panjang, Nabi Adam pun memberi cadangan “ Wahai putera-puteraku..kamu berdualah pergi minta keputusan dari Allah dengan membawa korban mu masing-masing.
Barang siapa korbannya diterima Allah , maka dialah yang benar ”Pada keesokan harinya kedua-dua putera Nabi Adam itu segera pergi ke tempat yang Nabi Adam sering sujud kepada Allah. Qabil membawa sehidang buah-buahan sesuai pekerjaannya sebagai seorang petani.
Maka Habil pula membawa seekor kambing sesuai pekerjaannya sebagai pengembala. Kedua-duanya meletakkan korban masing-masing ditempat yang disediakan.
Tidak lama kemudian, turunlah api tanpa asap menyambar korban yang dipersembahkan oleh Habil. Korban Qabil langsung tidak terusik dan berada di tempatnya.
Ini bererti Habillah yang benar dan dialah yang patut berkahwin dengan Iklima.Keputusan dari Allah ini tidak juga membuat Qabil berasa puas malah dia semakin geram dan dendam terhadap adiknya.
Di saat inilah iblis mula menusukkan jarumnya. Iblis mula menghasut Qabil agar membunuh Habil dan menghapuskannya terus dari muka bumi ini. Akhirnya Habil telah dibunuh dengan kejamnya.
Pembunuhan ini merupakan detik pembunuhan pertama dalam sejarah hidup dan tamadun manusia di bumi Allah ini. Pembunuh yang pertama ialah Qabil dan mangsa pembunuhan pertama pula ialah Habil, adik Qabil sendiri.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Kisah makhluk asing di bulan.. Belanjawan 2025 & Non Muslim.
-
*Laman web Secureteam 10 mengganggarkan binaan oleh makhluk asing itu
sebesar pasar raya Walmart. - YouTube. **Lihat '**Penyokong teori
konspirasi dak...
5 hours ago