Sementara di Kedah pula DAP Kedah keluar Pakatan Rakyat. klik di <sini> DAP Kedah ambil keputusan keluar Pakatan Rakyat kerana isu tempat penyembelihan babi di Alor Setar telah dirobohkan.
YB Gobalakrishnan Ahli Parlimen Padang Serai pula menerima 2 sms ugutan ancam bunuh seperti yg pernah berlaku kepada Adun di Terengganu. klik <sini>
Manakala di Pulau Pinang belum selesai isu Johari Kassim dipecat, timbul pula kes di Kg Buah Pala di mana penduduk mahu Lim Guan Eng meletak jawatan. klik <sini>
Manakala di Pulau Pinang belum selesai isu Johari Kassim dipecat, timbul pula kes di Kg Buah Pala di mana penduduk mahu Lim Guan Eng meletak jawatan. klik <sini>
Mengapa semua isu ini timbul di ketika kita sedang bersiap sedia untuk menghadapi PRK Manek Urai. Apakah puncanya yang menyebabkan keadaan ini terus berlaku. Di mana silapnya. Siapa dalangnya. Apakah ini bermakna dalam Pakatan Rakyat sudah tidak sehaluan lagi. Di Kedah DAP sudah keluar Pakatan Rakyat. Adakah di Pulau Pinang, Keadilan pula akan keluar Pakatan Rakyat?
Dap di Kedah tidak ketara kesannya kerana Pakatan Rakyat masih boleh perintah gabungan PAS dan PKR. Tetapi di P.Pinang jika PKR keluar Pakatan maka DAP masih boleh perintah jika masih bergabung dgn PAS walaupun dengan majoriti mudah DAP 19 dan PAS 1 jumlah 20 kerusi. Dan kalau PKR pula bergabung dengan UMNO macamana pula? UMNO 11 dan PKR 9 jumlah 20 kerusi juga. Dan adakah akhirnya DAP akan jadi pembangkang di Pulau Pinang jika PAS pula tinggalkan DAP dan bergabung dengan PKR dan UMNO menjadikan majoriti mudah 21 kerusi. Pening-pening....orang Penang kata "Raplah Jingga".
Walau bagaimana pun, saya cukup yakin Anwar mampu tangani dan selesaikan semua isu ini dengan segera. Bagi saya ini adalah asam garam dalam politik. Ini adalah proses kematangan dan kebijaksanaan Pemimpin dalam Pakatan Rakyat. Ingatlah harapan rakyat cukup tinggi kepada Pakatan Rakyat. Saya mendoakan mudah-mudahan semua isu ini akan dapat diselesaikan segera dan PAS akan menang di Manek Urai. Pakatan Rakyat terus teguh dan dapat mengambil alih kerajaan Malaysia pada PRU 13. InsyaAllah
Kalau takut dipukul badai...
Usah berumah di tepi pantai...
Amizudin Ahmat