
Bila masalah timbul, kita tidak boleh lari dari masalah apatah lagi nak cuci tangan. Rakyat sekarang dah celik dan cerdik. Teringat kata-kata Anwar semasa baru di pecat..." Biar dengan satu insiden...saya diniayai..saya dimalukan..saya di aibkan..Azizah dan anak-anak tertanggung...luka hati...tetapi percayalah..kami menanggung sedikit derita...tetapi rakyat membuka mata.." Hari ini rakyat dah buka mata, mereka bukan boleh senang-senang diperkotak katikkan oleh pemimpin.
Namun begitu saya masih menaruh harapan pada Pakatan Rakyat boleh selesaikan masalah isu berbangkit di Pulau Pinang. Saya juga berharap 2 Exco PKR P.Pinang dan Timbalan Menteri P.Pinang 1 yang baru dapat bersuara tentang isu ini dan lain-lain isu. Jangan sampai suara anda langsung tenggelam. Jangan pula rakyat nanti kata..." 3 Exco PKR hanya bawa beg DAP sajakah?"... Bukan kita nak gaduh tapi suara anda rakyat nak dengar sama.
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com